jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat kuih lapis sedap

Hari ni tak sabar nak kongsikan resepi kuih lapis yang sangat sedap. Kali ni buat 2 warna je merah dan putih, teringat mcm kuih dulu-dulu. Masa tu dah sedap sangat dapat makan kuih macam ni. Lebih sedap dan teruja lagi bila nak makan tu kita selak selapis demi selapis...memang best sangat.

resepi dan cara membuat kuih lapis sedap

Sebenarnya banyak resepi kuih lapis, ada antaranya yg banyak guna tepung gandum dan ada pula yang banyak guna tepung beras. Terpulang pada selera anda semua ya. Pada saya, mana yang saya telah cuba dan kongsikan kat blog ni adalah yg terbaik dan kena dengan selera. Pada yg berkenan tu, bolehlah cuba mana2 resepi yang ada kat blog ni. Sebelum buat tu, baca betul2 dan cara membuatnya. In Shaa Allah pasti menjadi, yg penting kita cuba dulu...kalau tak cuba, tentulah tak tau hasilnya...kannnn..

Ok jom kita layan resepi dan cara membuat kuih lapis sedap. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros

Bagi penyediaan resepi dan cara membuat kuih lapis sedap adalah :

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  4. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
  5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Tadaa dah siap pun resepi dan cara membuat kuih lapis sedap. Senang je kan? Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat kuih lapis sedap ini dapat menjadi sumber inspirasi buat akak2 dan abang2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:http://yatiememories.blogspot.com/2015/01/kuih-lapis-yg-sangat-sedap.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service