jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat lemang buluh

Nak buat lemang ni tak perlu banyak bahan. Cuma kena tahu cara dan teknik yang betul je, kalau tidak mungkin lemang tak masak, mentah, terlampau berkerak dan paling tidak lemang masak tapi berderai!

Resepi dan cara membuat lemang buluh

Lemang adalah makanan tradisi yang masih digemari ramai sehingga sekarang. Biasanya kalau di kampung, lemang akan dibakar sehari sebelum Hari Raya Puasa atau Raya Qurban. Makanan tradisi ini paling enak dimakan bersama rendang kerbau atau lembu, tapi malangnya lemang hanya mampu bertahan selama 2 hari kerana santan yang digunakan untuk memasak menjadikannya cepat basi/rosak.

Kini keadaan sudah berubah, lemang sudah boleh di dapati sepanjang waktu dan segenap tempat. *Tetapi Awas! Lemang mempunya kandungan cholesterol yang tinggi dan berkemungkinan akan menjadi fast food bisnes satu hari nanti hehehe

Ok jom kita layan resepi dan cara membuat lemang buluh. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

  • 3 kilo beras pulut
  • 3 biji kelapa
  • garam
  • buluh lemang
  • daun pisang

Bagi penyediaan dan cara memasak resepi dan cara membuat lemang buluh adalah :

  1. Buluh lemang dibersihkan. Jangan pilih buluh yang terlalu muda sebab mudah mengecut dan mudah pecah ketika proses memasukkan pulut dan ketika dibakar.
  2. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 3 jam. Kemudian tos-kannya. Ketepikan.
  3. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh. Ketepikan.
  4. Perah santan. Pastikan ianya pekat jadi guna sekali perahan (tak pakai banyak air). Tambah sikit air dalam santan yang pekat tu. Masukkan garam. Part ni kena alert sikit. Biarkan rasa santan itu sangat masin. Diulang.. SANGAT MASIN. Setakat terlebih masin sikit masih tak cukup!
  5. Dengan menggunakan sudu, masukkan beras pulut yang ditos tadi ke dalam buluh. Setiap 3, 4 kali beras dimasukkan dalam buluh, hentak perlahan-lahan supaya beras pulut turun padat ke bahagian bawah buluh.
  6. Tuangkan santan yang tadi ke dalam buluh sehingga kira-kira 2 atau 3 inci dari aras beras pulut dalam lemang.
  7. Bakar lah lemang. jangan sampai hangus sebelah tau. Macamana nak tau lemang dah masak? Mula-mula, santan kat bahagian atas buluh akan kering, (takde buih-buih yang gelegak tu) pastu, ambil satu lemang dan bukak je (bahan ujikaji)..hehe.

Dah siap pun resepi dan cara membuat lemang buluh. Bolehlah lemang dibelah dan dinikmati bersama-sama rendang. Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat lemang buluh ini dapat menjadi sumber inspirasi buat akak2 dan abang2 sekalian untuk membuat lemang nanti. Selamat mencuba!


Source and citation:http://myworldfahamiz.blogspot.com/2013/08/monsterchef-resepi-lemang-rendang-kuah.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service