jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi rendang ayam sedap dan tahan lama

Resepi di bawah adalah untuk 2 ekor ayam walaupun saya memasak hanya untuk seekor ayam sahaja. Senang untuk masak masa raya nanti kalau resepi untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan lambat basi.

Resepi rendang ayam sedap dan tahan lama
Sumber gambar:nasilemaklover.blogspot.com

Saya bercadang untuk menggunakan resepi rendang ayam sedap dan tahan lama ini untuk masakan rendang pada hari raya nanti. Seperti biasa, bulan Ramadhan adalah bulan di mana saya menggantung periuk belanga. Saya akan kurangkan sama sekali kegiatan di dapur dan menggunakan masa yang ada untuk perkara lain. Bukanlah maknanya tidak memasak langsung, tapi akan dikurangkan.

Jom kita tengok resepi yang saya pelajari dari sahabat saya, Puan Rohaya aka Roy yang merupakan resepi keluarga beliau sejak dulu dan biasa dimasak untuk hidangan di hari raya. Kata Roy lagi, dia biasanya memasak sehingga 5 ekor ayam dan pada hari raya pertama sudah licin semuanya.

Ok jom kita layan resepi rendang ayam sedap dan tahan lama. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

  • 2 ekor ayam
  • 1 kg bawang merah - hiris
  • 3 labu bawang putih - hiris
  • 4 inci halia - hiris
  • 4 inci lengkuas - tumbuk
  • 2 inci kunyit hidup - tumbuk
  • 4 batang serai - titik
  • 4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
  • Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
  • 4 kg santan
  • 2 keping asam keping - ikut rasa
  • Garam
  • Gula
  • Daun kunyit - opsyenal
  • Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Bagi penyediaan dan cara memasak bagi resepi rendang ayam sedap dan tahan lama adalah :

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.
  3. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Dah siap pun resepi rendang ayam sedap dan tahan lama. Semoga dengan coretan resepi rendang ayam sedap dan tahan lama ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan buat akak2 dan abang2 sekalian.

Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, di mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. So selamat mencuba!


Source and citation:http://aziejaya.blogspot.com/2014/05/rendang-ayam-yang-sedap-dan-tahan-lama.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service