jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat ayam tandoori

Ayam tandoori ni kalau jual kat pasar malam komfem habis dulu. Sebab apa? Sebab rare sangat dan susah nak dapat yang sedap dan power. Dengan warna ayam yang cantik dan lemak dan paling penting rasa yang sedap yang membuatkan anda menjilat jari-jemari.

Resepi dan cara membuat ayam tandoori

Jadi apa yang paling penting dalam resepi ayam tandoori ialah rempat ratus perapan yang digunakan. Haruslah padu dan pelbagai rasa. Kenapa pula namanya Tandoori ya? Pada asalnya, masakan ini dimasak menggunakan ketuhar tanah liat yang mempunyai suhu setinggi 900 darjah Fahrenheit! Dan ketuhar tanah liat tersebut dipanggil TANDOOR.

Ok jom kita layan resepi dan cara membuat ayam tandoori. Bahan-bahannya adalah seperti berikut (untuk 2 ekor ayam dipotong 4).

Campuran rempah ratus:

  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar cserbuk jintan putih
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci hirisan halia
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 ikat daun pudina
  • 2 biji buah lemon
  • 1 cawan susu cair
  • 2 ikat daun ketumbar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit pewarna merah

Cara membuat tairu:

  1. Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja. Kemudian perahkan ke dalam satu cawan susu cair. Kacau sehingga sebati. Susu cair akan berubah tekstur. Kalau malas nak buat, cuma beli plain yogurt sahaja.

Cara membuat bahan perapan (resepi dan cara membuat ayam tandoori) :

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar. Perah satu biji lemon ke dalamnya. Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  2. Kemudian sediakan ayam dan lumurkan bahan perapan kesemua tempat.
  3. Perapkan ayam di dalam beg kedap udara. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam. Perap ayam selama 5 jam.
  4. Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam. Kalau nak cepat, boleh goreng seperti biasa ataupun guna kuali ajaib.

Dah siap pun resepi dan cara membuat ayam tandoori. Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat ayam tandoori ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan buat akak2 dan abang2 sekalian. So selamat mencuba!


Source and citation:http://www.wakethetime.com/2014/05/resepi-mudah-ayam-tandoori.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service