jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Cara berkesan menghalau tikus dari rumah

Kehadiran tikus boleh membawa pelbagai masalah seperti merosakkan barang-barang kesayangan kita, menimbulkan bunyi-bunyi yang mengganggu ketika tikus-tikus itu berlari, menggigit barangan atau bermain.

Cara berkesan menghalau tikus dari rumah

Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar pun hanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk!

Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi.

Disebabkan itulah kita memerlukan cara berkesan menghalau tikus dari rumah agar hidup kita berasa aman daripada gangguan makhluk ini. Ada beberapa cara yang kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik.

Berikut adalah cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus (cara berkesan menghalau tikus dari rumah) di rumah kita :

1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Daun Semambu/Pahit
Letakkan daun semambu dilaluan tikus. Daun ni juga banyak digunakan oleh orang Kemboja dan India sebagai air serom untuk merawat demam.

3. Daun Durian Belanda
Guna daun durian belanda.Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. InsyaAllah, tikus tidak akan datang lagi

4. Jering
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. biarkan di dapur sampai kering dekat dapur tu.

5. Serbuk lada hitam
Taburkan serbuk lada Hitam ditempat ada tikus atau laluan tikus tu.

6. Buah pong-pong
Ada orang kata guna buah pong-pong boleh halau tikus.ambik buah tu letak dekat bahagian yang anda syak ada tikus.Insyaallah tikus tak datang dah kut lepas tu. Amaran!!! jangan makan pulak buah ni beracun.

7. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

8. Minyak Mint/Pudina
Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

9. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

10. Cat BadanTikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

11. Buah Durian
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

12. Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

Setakat ini dahulu entri berkaitan cara berkesan menghalau tikus dari rumah. Semoga dengan coretan cara berkesan menghalau tikus dari rumah ini dapat menjadi sumber inspirasi buat akak2 dan abang2 untuk menghalau tikus dari rumah nanti. So selamat mencuba!


Source and citation:http://serilaman.sekolah4u.com/cara-cara-berkesan-halau-tikus-di-rumah


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service