jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat mee hailam

Malam semalam anak sulung saya Aryan Haziq minta masakkan mee. Tapi seperti biasa mee dia mesti ada kuah. Fikir-fikir balik macam bosan je asyik makan mee sup, malam ni saya cadang nak buat mee hailam pula.

Resepi dan cara membuat mee hailam

Tak sangka ana-anak sangat suka. Hirup kuah sampai angkat pinggan masuk mulut. Paling terharu sampai jilat pinggan! Heaven. Resepi dan cara membuat mee hailam saya ni simple sangat. Campak-campak je siap. Bahan-bahan pun tak 'rigid' sangat. Guna je ape yang ada dalam peti ais. Ada lebihan daging bakar semalam, sayur lobak, sawi tomato dan sedikit udang. Ok, semua ni kita campak-campak je masuk kuali. Hihihi...

Ok jom kita layan resepi dan cara membuat mee hailam. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

  • 1 peket mee kuning (500 mg) - Basuh dan tapiskan
  • Segenggam udang hidup
  • Segenggam daging (saya guna daging bakar lebihan lauk tengahari)
  • Sebiji tomato (potong 6)
  • Sawi
  • Lobak merah (potong bulat)
  • 3 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar cili kering yang di mesin (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam air)
  • Air bertapis (agak2 untuk kuah)
  • Kicap manis Cap Kipas Udang
  • Bawang goreng (untuk hiasan)
  • Daun bawang & daun sup (hiris - untuk hiasan)

Cara masak bagi resepi dan cara membuat mee hailam adalah:

  1. Tumis bawang putih, cili kering yang dimesin sampai pecah minyak dengan api yang sederhana.
  2. Masukkan daging & udang. Gaul sehingga sebati. (Note: jika anda gunakan daging mentah, masukkan daging dulu kemudian masukkan air).
  3. Masak sehingga daging empuk. Kemudian baru masukkan udang.
  4. Masukkan air bertapis untuk kuah. Jika suka kuah banyak, lebihkan air.
  5. Tuang kicap manis ikut kepekatan yang di gemari. Biarkan mendidih.
    Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah (ikut citarasa). Didihkan sekejap.
  6. Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato.
  7. Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan.
  8. Masukkan mee kuning. Gaul sebati. Didihkan seketika.
  9. Hidangkan dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan campuran daun sup daun bawang sebagai hiasan.

Nota: Anda boleh letakkan ayam jika suka.

Macam mana? Mudahkan resepi dan cara membuat mee hailam saya ni? Saya memang suka masak bila anak request untuk makan. Rasa puas hati. Seronok tengok anak makan bertambah-tambah. Abahnya apatah lagi.

Memasak itu mudah terutama untuk yang tersayang. Cuma kena kreatif untuk anak yang pandai memilih makanan untuk mereka makan. Tu yang kadang-kadang penat sikit nak fikir tu.

Setakat ini dahulu entri berkaitan resepi dan cara membuat mee hailam. Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat mee hailam ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan buat akak2 dan abang2 sekalian. So selamat mencuba!


Source and citation:http://semulajaditerbaik.blogspot.com/2015/01/resepi-mee-hailam-sedap-dan-mudah.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service