jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat kuih bom

Ini adalah kali pertama saya membuat Kuih Bom versi original kerana kuih bom saya sebelum ini, adalah versi moden yang menggunakan sedikit ubi keledek menjadikan kuih bom tidak sekenyal kuih Bom versi original.

Resepi dan cara membuat kuih bom
Sumber gambar:aziejaya.blogspot.com

Kali saya menyalin resepi dan cara membuat kuih bom dari blog Norzie Hany tapi saya telah mengolahkan sedikit bahasanya untuk mudah diikuti di masa masa depan. Saya juga telah mencari tips tips dari blog lain seperti Jurnal Resepi Bdaria. Untuk resepi di bawah, saya membuat 2 adunan doh. Itun masih berlebihan lagi intinya. Jadi saya simpan di dalam freezer untuk digunakan bagi inti kuih lain pula.

Untuk 2 adunan, saya dapat dalam 16 biji Kuih Bom yang bersaiz agak lumayan juga besarnya. Hahaha saiznya pelbagai sebab lupa nak bulat bulatkan adunan doh supaya sama besar saiznya. Tapi bak kata Yatie Memories, kita yang membuatnya jadi tak ada masalah lah asalkan ianya sedap dan disukai.

Ok jom kita layan resepi dan cara membuat kuih bom. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

Bahan Doh:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3/4 -1 cawan air
  • Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

Inti Kacang Hijau:

  • 250gm kacang hijau - rendam
  • 1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus - guna 1 kpg gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kelapa parut muda
  • 3 sudu besar tepung gandum

Cara membuat Inti:
Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat.

Nota:
Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih gulung, koci dsb.

Cara membuat kuih bom adalah:

  1. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.
  2. Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.
  3. Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.
  4. Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.
  5. Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom.
  6. Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.
  7. Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.

Macam mana? Mudahkan resepi dan cara membuat kuih bom saya ni? Saya memang suka masak bila anak request untuk makan. Rasa puas hati. Seronok tengok anak makan bertambah-tambah. Abahnya apatah lagi.

Setakat ini dahulu entri berkaitan resepi dan cara membuat kuih bom. Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat kuih bom ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan buat akak2 dan abang2 sekalian. So selamat mencuba!


Source and citation:http://aziejaya.blogspot.com/2014/03/kuih-bom-asli-berinti-kacang-hijau.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service