jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat cucur udang rangup

Jemput-jemput udang atau juga dikenali sebagai cucur udang , pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak masak. Jemput-jemput udang mendapat nama kerana bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut iaitu udang kering atau segar.

Resepi dan cara membuat cucur udang rangup
Sumber gambar: www.mykitchensnippets.com

Ia turut dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiznya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu. Cucur udang sering dimakan dengan kuah lada, kuah kacang atau dimasak bersama rojak, mi goreng mamak atau pasembur.

Ok lah jom kita layan resepi dan cara membuat cucur udang rangup. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

  • 500g Udang – kopek kulit (jika suka), buang kepala (jika suka) dan bersihkan
  • 1 biji Bawang Besar – hiris
  • 1 genggam Taugeh
  • 1 cekak Kucai – potong pendek
  • 1 bj Putih Telur
  • 1 sb Minyak Masak
  • 1 st Cuka
  • 1/2 kiub Ayam Knorr
  • 4 senduk Tepung Gandum
  • 1/2 st Serbuk Kunyit
  • Garam, Air – secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Kuah Kacang

  • 3 genggam Kacang Tanah
  • 3 ulas Bwg Merah
  • 10 biji Cili Kering
  • Air Asam Jawa
  • Garam, Gula

Cara penyediaan bagi resepi dan cara membuat cucur udang rangup adalah:

  1. Masukkan kesemua bahan, kecuali air ke dalam satu bekas besar. Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang dikehendaki (tidak terlalu pekat atau cair).
  2. Panaskan minyak dalam kuali besar untuk goreng terendam. Ambil adunan sesudu besar dan lenyekkan di tepi kuali supaya nipis.
  3. Balikkan cucur apabila lekang dari kuali dan goreng sehingga garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak berlebihan.
  4. Potong-potong dan hidangkan dengan hirisan timun, sengkuang dan kuah kacang.

Buat Kuah Kacang:

  1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng hirisan bawang merah dan angkat. Goreng cili kering dan angkat.
  3. Kisar kesemua bahan-bahan dengan air secukupnya.

Setakat ini dahulu entri berkaitan resepi dan cara membuat cucur udang rangup. Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat cucur udang rangup ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan buat akak2 dan abang2 sekalian. So selamat mencuba!


Source and citation:http://resepibonda.com/resepi-cucur-udang-rangup


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service