Resepi dan cara membuat nasi ayam

Resepi Nasi Ayam dah pernah or dah banyak kali kot tulis kat blog nie.. Tapi semalam aku tukar style lain.. Kalau korang nak try, boleh try yang ni.. dah lah simple, sedap pulak.. hahahahahah mampos puji diri lagi..

Tapi harap ampun la.. rumah aku takde ayam besar.. semua aku beli suruh siang kecik.. hahaha.. kalau korang plan nak buat nasi ayam.. beli ayam sekor potong 4 ok? baru umphhh!!

Dah mari salin resepi.. Masak nasi ayam untuk berbuka memang sesuai.. tak payah nak 3-4 macam lauk ;)

NASI AYAM
i) 3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
ii) basuh beras bersih-bersih dan toskan

lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
i) 3 sudu majerin

(bahan tumbuk)
i) 3 ulas bawang merah
ii) 3 ulas bawang putih
iii) 1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
i) 4 biji bawang putih
ii) 2 biji bawang merah
iii) 2 inci halia

i) 1 kiub ayam
ii) daun sup
iii) daun bawang
iv) bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)

AYAM
i) Bahan perap
ii) sos tiram
iii) kicap cair
iv) kicap manis
v) madu
vi) 3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)

KUAH LADA
i) 4-5 lada hidup (merah)
ii) 1 biji bawang putih
iii) sedikit gula
iv) sedikit garam
v) 1/2 sudu kecil cuka
vi) 2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis..

Senangkan? InsyaAllah walaupon simple je.. tapi rasa dia mengagumkan.. ok, disebabkan tu juadah untuk berbuka puasakan... rasa tak berapa best kalau menu itu je satu.. so aku buat cekodok bilis.. rangup-rangup makan dengan cili sos.. Acih sorang je hadap berapa ketul.. puas hati tengok semua orang suka ;) aku tak makan pon tak pe.. waaaahhh ibu mithali sangat ni.. hahahaha...

Resepi dan cara membuat nasi ayam

Source and citation:
http://kasihaleeya.blogspot.com/2013/07/resepi-nasi-ayam-simple-tapi-sedap-buka.html