Resepi dan cara membuat nasi goreng mudah

Resepi dan cara membuat nasi goreng mudah. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat nasi goreng mudah dan cara memasak membuat nasi goreng mudah sehingga siap untuk dimakan. Resepi dan cara membuat nasi goreng mudah. Eh berapa banyak mudah daa.... Ok selamat mencuba.

Resepi dan cara membuat nasi goreng mudah

Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap. Gaul rata.
6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
9. Tutup api dan hidangkan.

Selamat mencuba!


Source and citation:
http://resepicikguani.blogspot.com/2013/07/nasi-goreng-biasa.html