Resepi dan cara membuat burger bakar

Resepi dan cara membuat burger bakar. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat burger bakar dan cara memasak burger bakar sehingga siap. Resepi dan cara membuat burger bakar ada disini.

Resepi dan cara membuat burger bakar
Burger Bakar Sebenar

Ok, nak masak burger bakar kena ada bahan-bahan. Jadi bahan-bahannya adalah seperti di bawah:

1. Daging Ayam Kisar / Daging Lembu Kisar*
2. 1 Ulas Bawang Merah dan Bawang Putih Dikisar Berasingan
3. 1 Biji Telur
4. Serbuk Lada Hitam
5. Serbuk Roti / Breadcrumbs**
6. Serbuk Jintan Hitam (Mixed Spice Powder)
7. Garam dan Gula secukupnya

*Satu pek daging kisar 400g boleh buat untuk 4 daging burger

**Jika tiada boleh bakar roti dan kisar guna blander kering

Resepi dan cara membuat burger bakar 2
Gaulkan Bahan-bahan Utama

Ok, jom mula – langkah pertama: Satukan segala bahan-bahan tadi secukup rasa dalam satu bekas dan gaulkan.

Resepi dan cara membuat burger bakar 3
Bentukkan Daging Burger

Dah siap gaul dah? Ok dah gaul, bentukkan gaulan tadi menjadi bentuk daging burger – buat besar-besar dan leper. Nanti bila dah masak dia akan mengecut.

Resepi dan cara membuat burger bakar 4
Bakar Burger

Masukkan dalam peti ais setelah dibentukkan, nanti dalam sejam dua keluarkan dan bakar.

Dah bakar tu, terpulanglah sama ada nak tambah apa dalam burger tadi – cheese, tomato, salad, sos cili, mayonis dan lain-lain. Jangan lupa roti buger – baru nampak jadi burger bakar.

Dah makan tu, syer lah sikit hasil Resepi Burger Bakar kat saya hehe… Selamat mencuba!

Source and citation:
http://www.sukasedap.com/2013/09/resepi-burger-bakar
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/07/mengidam-burger-bakar-hasil-air-tangan.html