Resepi dan cara membuat nasi tomato

Resepi dan cara membuat nasi tomato. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat nasi tomato dan cara memasak nasi tomato sehingga siap. Resepi dan cara membuat nasi tomato ada disini.

Ok, nak masak nasi tomato kena ada bahan-bahan. Jadi bahan-bahannya adalah seperti di bawah:

3 1/2 cawan beras basmathi ~ basuh & rendam 15 minit. Toskan.
4 1/2 cawan air
1 cawan susu sejat
2 biji tomato ~ didadu kecil
4 sudu besar pes tomato
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 sudu besar garam kasar
4 sudu besar minyak sapi
1 cawan kismis
1 cawan gajus yg digoreng/dipanggang
Bawang goreng secukupnya
1 kiub stok ayam

BAHAN TUMIS

2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
7 biji bawang merah ~ mayang nipis

CARA NAK BUAT:-

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan buah tomato, pes tomato dan kacau sebentar.
3. Masukkan beras dan daun pandan. Gaul rata sekejap.
4. Masukkan air, susu sejat dan garam. Kacau perlahan sekejap dan biar nampak mendidih sikit.
5. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa.
6. Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, rata perlahan dan tabur kismis dan gajus. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, ayam merah tomato dan acar masak atau acar mentah. Ayam Masak Merah Tomato

Selamat Mencuba ;-)

Resepi dan cara membuat nasi tomato
Nasi tomato yang telah siap dihidang

Source and citation:
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/05/nasi-tomato-home-sweet-home.html



Anda mungkin menyukai:

Resepi dan cara membuat nasi lemak
Resepi dan cara membuat nasi ayam
Resepi dan cara membuat kek keju meleleh
Resepi dan cara membuat nasi goreng mudah
Resepi dan cara membuat burger bakar