Ayam Masak Merah Tomato

Ayam masak merah tomato. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ayam merah dan cara memasak ayam masak merah tomato sehingga siap.

1 ekor ayam ~ potong 12/14
2 biji tomato ~ didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
1/4 cawan air
garam secukup rasa
minyak secukupnya
kacang peas

BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia

BAHAN TUMIS
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih

CARA NAK BUAT :-

1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau kejap.
3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.

Selamat Mencuba ;-)

Ayam Masak Merah Tomato
Contoh gambar ayam masak merah tomato yang telah masak

Source and citation:
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/05/nasi-tomato-home-sweet-home.html



Anda mungkin menyukai:

Resepi dan cara membuat nasi lemak
Resepi dan cara membuat nasi ayam
Resepi dan cara membuat kek keju meleleh
Resepi dan cara membuat nasi goreng mudah
Resepi dan cara membuat burger bakar