Cara Membuat Read More atau Baca Selanjutnya di blog

Biasanya post atau entri yang terbaru akan berada dihalaman utama blog. Namun jika post anda terlalu panjang maka ini akan memenuhkan halaman utama blog. Jika anda ingin pembaca melihat ringkasan artikel sahaja di halaman utama kita perlu mewujudkan sebuah link Read More atau Baca Selanjutnya. Untuk membuat link sebegini sila ikuti langkah-langkah berikut :

1. Buka menu Template kemudian pilih Edit HTML.
2. Cari code berikut di bahagian Edit HTML blog anda.

<data:post.body/>

3. Untuk mencari kod ini sila tekan Ctrl+F.
4. Kalau sudah jumpa, gantikan kod-kod tersebut sehingga menjadi seperti ini:

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<data:post.body/>

<b:else/>

<data:post.body/>

Read More......
</b:if>

Anda boleh mengubah tulisan "Read More....." itu menjadi apa-apa sahaja, contohnya menjadi "Baca Selanjutnya".

5. Kalau sudah siap tekan Save template.
6. Kemudian pilih menu Setting lalu pilih Posts and comments
7. Pada Post Template klik Add dan isikan kod berikut:

8. Kemudian Save settings.
9. Ketika anda membuat post yang baru, kan disana ada 2 tab pilihan, yang "Compose" dan "HTML", bila mana anda klik "HTML", maka secara automatik akan nampak kod seperti berikut :

10. Letakkan abstrak posting atau artikel yang akan ditampilkan dihalaman utama (sebelum tulisan "Baca Selanjutnya ") diatas kod ini :  sementara artikel selebihnya diletakkan di antara kode  dan
11. Selamat Mencuba...