tips dan cara merawat sengatan binatang berbisa

Flag Counter
jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Tips dan cara merawat sengatan binatang berbisa

Jom kita lihat tips dan cara merawat sengatan binatang berbisa supaya kita tidak menderita dengan sengatan dan gigitan haiwan tersebut. Orang-orang tua kita dulu banyak meninggalkan petua yang mujarab untuk merawat hampir semua sengatan haiwan yang berbisa.
tips dan cara merawat sengatan binatang berbisa
Walaupun dengan kehadiran dengan para doktor pakar dan ubat-ubatan yang terkini namun kita masih boleh menggunakan petua tradisional untuk merawat sengatan binatang berbisa. Tips berikut boleh dicuba dan diamalkan untuk merawat gigitan haiwan berbisa.

1. Petua disengat lebah dan tebuan
Cara 1 : Ambil sebiji lobak dan parut atau tumbuk sehalus mungkin. Sebaik-baiknya tumbuk hancur sehingga ia menjadi berair. Selepas itu campurkan hirisan lobak tu dengan beberapa titik cuka dan gaul sehingga sebati. Sapukan ‘ramuan’ tu dengan rata ke tempat yang kena sengat.

Cara 2 : Satu lagi petua yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan tanah, garam dan air kelapa. Caranya ialah campurkan sedikit garam dengan air kelapa dan titiskan ke atas seketul tanah. Lepas tu tanah tu disapukan ke tempat yang kena sengat.

2. Petua hilangkan sakit digigit lipan
Petua hilangkan sakit digigit lipan binatang berbisa
Bagi mereka yang tinggal di bandar jangan lak terlalu ‘confident’. Binatang-binatang bisa seperti lipan nie sebenarnya ada di mana-mana terutama tempat-tempat yg lembap dan banyak makanannya seperti dalam bilik air dan bawah almari baju atau katil dsb nya. Dan, satu lagi tempat yg ramai selalu lupa ialah kekadang tu lipan atau labah-labah selalu gak menyorok dalam kasut. So, better be careful dan selalu bersihkan rak kasut tu juga..kay…

Cara untuk menghilangkan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk akibat digigit lipan ialah dengan menggunakan tembakau. Ambil sedikit tembakau, kunyah dan perah airnya ke tempat yang kena gigit. Kalau tak dapat nak cari tembakau boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ambil air perahan biji asam jawa dan sapu ke tempat yang sakit. Lakukan secara berulang kali.

Cara lain juga adalah cari lipan yang mengigit itu. Kemudian dibunuh dan dibakar. Ambil abunya disapu pada tempat yang terkena gigitan itu.

3. Rawatan dipatuk ular
Rawatan dipatuk ular tedung kapak jenis ular
Cuba ingat rupa ular tersebut. Ini mungkin akan membantu doktor dalam memilih anti venom yang sesuai. Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk.

Elakkan dari bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke bahagian badan yang lain.
Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati.
Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata.
Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlalu ketat supaya aliran darah tidak terganggu. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, buat balutan tambahan bagi keseluruhan tangan atau kaki, mulai dari jari tangan atau jari kaki.
Elakkan anggota yang dipatuk dari bergerak dengan menggunakan anduh (splint atau sling).
Elakkan mangsa dari bergerak sehingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk pertolongan kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa bergerak atau berjalan.
Hantar mangsa ke hospital yang berdekatan.

Bagi cara tradisional pula adalah dengan menggunakan bawang putih dan madu lebah. Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.

4. Rawatan ketika disengat kala jengking
Rawatan ketika disengat digigit kala jengking coklat hitam
Ali Bin Abi Thalib r.a. pernah menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah disengat kala jengking, kemudian baginda mengambil air garam. Lalu baginda membaca surah al – Falaq dan surah an-Nas dan disapukan pada anggota badan yang disengat kala jengking tadi.

Lagi tips dan cara merawat sengatan binatang berbisa ada kat bawah ni.

5. Penawar gigitan anjing gila
Penawar gigitan anjing gila yang ganas
Ramuannya:
Daging siput dan madu lebah.
Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.
Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

6. Cara rawatan digigit semut api
Cara rawatan digigit semut api yang hitam
1. Sapukan minyak “tea tree oil” untuk membantu menghilangkan racun akibat gigitan semut api.
2. Pasta lidah buaya pula digunakan untuk mencegah infeksi dan mempercepat penyembuhan luka.
3. Sapukan minyak peppermint atau minyak lavender untuk mengurangi pembengkakan dan mempercepat penyembuhan.
4. Mandi dengan air hangat yang telah dicampur dengan 2-3 cangkir boraks. Boraks adalah boron mineral yang membantu menarik racun dari kulit.

Semoga dengan tips dan cara merawat sengatan binatang berbisa sedikit-sebanyak dapat memberi pedoman dan panduan buat anda semua didalam mengubati kesakitan yang dialami. In sha Allah.


Source and citation:http://www.petuatradisional.com
http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/kecederaan-kemalangan-a-keracunan/gigitan-ular


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service