cara dan panduan menanam jagung madu dan biasa

Flag Counter
jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Cara dan panduan menanam jagung madu dan biasa

Jom kita sama-sama belajar cara dan panduan menanam jagung madu dan biasa di kawasan kebun kita supaya tanah tidak terbiar begitu sahaja. Dengan bertani banyak manfaat dan kelebihan yang kita akan dapat contohnya tubuh kita akan lebih sihat sihat disamping hasil pertanian yang kita akan dapat nanti.

cara dan panduan menanam jagung madu dan biasa

Berbalik kepada tajuk asal kita cara dan panduan menanam jagung madu dan biasa jom kita sama-sama belajar kaedah penanamannya. Ia diringkaskan seperti berikut.

1. Buat batas jagung:
#Cangkul kawasan untuk tanam jagung dan buang rumput yang tak sepatutnya.
#bubuh jagung organik ( tahi lembu / ayam ) cangkul sekali ngan tanah.
#Biar selama seminggu.
#Buat batas jagung kurang 1 kaki 1/2 setiap lubang jauhnya.
#Setiap lubang bubuh 2 biji jagung ( jarak setiap lubang adalah 1 1/2 kaki . ( selalunya orang rendam dulu, bagi sepupu mama tak payah pasal bazir masa )
**pesanannya : hang kena jaga semut suka makan biji jagung.
-Lubang jagung jangan terlalu dalam ( sebab jagung tak tumbuh kalau lubang dalam sangat. jadi dalam lubang 1/2 inci sahaja.
#Siram hari-hari.

2. Pembajaan :
#Kalau hang dah ada tahi lembu tak yah guna baja kimia, cuma waktu dia tumbuh buah hangpa kena bubuh baja buah.
# Bagi aku, bila pokok jagung tinggi 1 kaki, aku akan bubuh baja NPK 15:15:15 , walaupun aku ada baja organik.
#Baja buah aku bubuh bila tunas buah naik.
Catatan : Baja NPK 15:15:15 -boleh cari kat kedai racun @ baja.
# 1 pokok jagung bubuh 3 sudu besar ( setiap baja )
# Bubuh keliling pokok , korek sikit , jangan bubuh terlalu dekat ngan akar jagung takut pokok mati.
#Pokok jagung kena siram hari-hari.baja kena bubuh sebab takut nanti jagung jadi "gigi tok wan "

3. Menuai hasil :
#JAGUNG TEMPOH MATANG 70 HARI.
#Kalau aku , aku akan kutip bila janggut jagung jadi warna koko dan janggut jagung tengok macam nak luruh, tinggal jarang.
#Kalau nak buat benih taruh 1 pokok , biar sampai pokok tu mati, baru ambik jagung.jemur tempat yang kering dan tak kena air.
#Benih jagung tahan 8 bulan sahaja dari mula hangpa petik.
cara dan panduan menanam jagung madu dan biasa sedap manis

Cara dan panduan menanam jagung madu dan biasa kedua pula adalah seperti berikut.

PENYEDIAAN TANAH
Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in) . Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm ( 12 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200 kaki) persegi.

Dalam Pasu dan Bekas
Gunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebu
t sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

PENANAMAN
Di Ladang
Semai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1 in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 min
ggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.

Dalam Pasu dan Bekas
Semai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam. Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.

PEMBAJAAN
Di Ladang
Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi.

Dalam Pasu dan Bekas
Tabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

PENGAIRAN
Di syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim panas.

MERUMPUT
Kawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.

MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKIT
Sembur racun serangga jika perlu.

MEMUNGUT HASIL
Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.
peringkat pertumbuhan pokok jagung madu manis

Kawalan serangga dan penyakit

Ulat pengorek batang dan tongkol
Sembur racun serangga carbaryl (seperti Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10g segelen air)

Kutu daun
Sembur racun serangga Malathion (seperti Malathion 80 pada kadar 1 sudu besar atau 14cc segelen air)

Semoga dengan cara dan panduan menanam jagung madu dan biasa sedikit-sebanyak dapat memberi inspirasi untuk kita berkebun. In sha Allah.


Source and citation:http://ummifatih.blogspot.com/2011/02/cara-penanaman-jagung.html
http://www.organikpro.com/files/Jagung-Panduan_Menanam.pdf


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service