cara hilangkan rasa loya dan nak muntah

Flag Counter
jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Cara hilangkan rasa loya dan nak muntah

Pada entri kali ini saya akan membincangkan cara hilangkan rasa loya dan nak muntah. Pernahkah anda berasa mual dan loya secara tiba-tiba. Jika wanita mual atau loya ketika mengandung itu adalah perkara biasa. Tetapi bagi kita yang sihat tubuh badan yang tidak hamil tetapi berasa loya, apakah sebabnya?

cara hilangkan rasa loya dan nak muntah
Gambar nak muntah ni sekadar hiasan hehe


Selain mabuk wanita hamil, kita mungkin juga mengalami mabuk perjalanan, simptom tersebut boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme keseimbangan yang bertempat di dalam telinga. Manakala punca mabuk hamil lain, dan boleh disebabkan jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. Jika berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk lagi.

Berbalik kepada tajuk asal kita cara hilangkan rasa loya dan nak muntah jom kita sama-sama lihat 10 cara hilangkan rasa mual atau loya.

1. Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. In sha Allah rasa loya akan hilang.

2. Legakan perut dengan makanan berhalia. Hidu lemon dan minum jusnya. Ini boleh membantu mengurangkan asid dalam perut.

3. Minum 10 gelas air sehari untuk mengatasi air yang hilang daripada badan dan juga dapat mengelakkan sembelit.

4. Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan muntah atau loya seperti makanan berminyak, kafein, gula-gula (manis), coklat, kek dan lain-lain.

5. Tidur juga boleh mengelakkan loya atau mual.

6. Makan makanan berserat tinggi seperti kurma, biskut gandum, mangga dan lain-lain lagi.

7. Untuk secara tradisional, ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

8. Ada sesetengah orang mengatakan buah pala juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Jika sukar mendapatkan buah pala, boleh juga gunakan Balm Buah Pala yang banyak dijual di kedai ubat tradisional.

9. Tumbuk tiga tangkai pucuk jambu batu dan sebuku garam jantan. Campurkan dengan sedikit air suam. Minum selama tiga hari berturut-turut. In sha Allah mual atau loya berkurangan terutamanya pada awal kehamilan.

Contoh buah pelaga
Contoh buah pelaga

10. Ambil sebiji buah pelaga yang sudah dicuci bersih dan kemam sehingga hilang loya. Amalkan selalu jika perlu. Buah pelaga juga berfungsi untuk buang angin dalam badan.

Buah pelaga juga berfungsi untuk buang angin dalam badan

Cara hilangkan rasa loya dan nak muntah di atas adalah sekadar panduan. Jika loya atau pening-pening anda teramatlah teruk, dinasihatkan berjumpa doktor yang pakar dalam bidang tersebut. Kerana, terdapat beberapa jenis penyakit yang memiliki simptom seperti loya dan mual dan jika tidak dirawat dengan betul ia akan membahayakan kesihatan anda.


Source and citation:http://penjagaanibudalampantang.blogspot.com/p/cara-hilangkan-rasa-mual-atau-loya.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service