jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Tips jaga dan servis kereta dengan betul

Tips jaga dan servis kereta dengan betul. Sebagai owner kereta kita semua mesti mengetahui bagaimana nak jaga dan servis kereta dengan cara yang betul. Sebelum pergi ke bengkel kereta untuk servis kenderaan, kita wajib mengetahui perkara asas berkaitan servis kereta agar kita tidak mudah ditipu oleh mekanik lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakan yang sebenar.

tips jaga dan servis kereta dengan betul

Antara perkara yang perlu ditukar semasa servis kereta adalah seperti berikut :

1. Minyak hitam
Bagi minyak hitam yang bukan sintetik tu – setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana paling awal. Kalau yg sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km. Ada juga yang sintetik boleh mencapai 20,000km.

2. Oil filter (penapis minyak hitam) – setiap kali tukar minyak enjin, oil filter wajib tukar juga.

3. Spark plug – tukar pada setiap 20,000 km mileage. Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji.

4. Bateri kereta – 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan. Kalau kita selalu topup airsuling/air bateri, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering 6 bulan pun bateri boleh kong!

5. Timing belt – 60,000km untuk kereta proton wira atau saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki! Hehe

Lagi tips jaga dan servis kereta dengan betul baca lagi kat bawah ni haa...

6. Clutch plat – clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km…tukar clutch!


servis tukar minyak hitam kereta

7.Fuel filter (penapis petrol) – tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau filter Udara – yang ni ditukar setiap 20,000km, tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan.

9.ATF – Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar dan jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita…tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj sekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje….yang budget kurang dari RM100…ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil atau minyak gear – untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.


11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid – Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12.Radiator Coolant - sebotol lebih kurang RM8-RM15 dan selalunya berwarna hijau. Mileage dalam lingkungan 60,000km boleh la tukar. Pakai coolant, enjin tak cepat panas.

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt – Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa”3bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata “preventive maintenance”


Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar…preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran….

14. Water pump – ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

Diharap artikel tips jaga dan servis kereta dengan betul ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda info-info yang berguna berkaitan penjagaan kereta. Selepas servis, jangan lupa basuh kereta ya hehe.



Source and citation:http://megachannelz.com/apa-yang-perlu-ditukar-masa-servis-kereta


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service