jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Cara menanam sendiri lobak merah di rumah

Cara menanam sendiri lobak merah di rumah. Jom kita belajar bagaimana cara nak menanam sayur jenis lobak ni bermula daripada penyediaan tanah, menyemai biji benih, menyiram, merumput dan sehinggalah kepada menuai.

cara menanam sendiri lobak merah di rumah

Terdapat beberapa jenis warna lobak merah seperti Lobak merah kuning, lobak merah berwarna putih, lobak merah ungu, lobak merah crimson dan lobak merah bulat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Satu beg bekas plastik beras saiz 10kg
2. Dua bahagian tanah loam, atau gambut atau tanah hitam
3. Satu bahagian baja kompos, organan, tinja binatang yang dah reput.
4. Satu bahagian pasir sungai
5. Benih lobak merah (anggaran 10 - 15 biji)
6. Pisau untuk menebuk
7. Spray atau air untuk menyiram

Langkah-langkah dan cara menanam sendiri lobak merah di rumah :

1. Terbalikkan plastik beras 10kg tersebut dan tebuk plastik beras 10kg itu dengan pisau jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil supaya air mudah mengalir keluar. Hujung plastik beras 10kg tersebut dilipat 2 hingga 3 kali, jangan lipat lebih nanti polibag beras anda terlalu pendek. Lihat gambar di sebelah.

2. Campurkan 2 bahagian tanah loam, satu bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai ke dalam satu bekas dan gaul merata.

3. Setelah itu masukkan campuran medium tanaman itu ke dalam palstik beras yang telah ditebuk tadi. Pastikan tinggi tanah harus melebihi satu kaki. Ini kerana lobak memerlukan tanah yang dalam untuk berisi. Takut nanti isi lobak terbantut/ketot sekiranya tanah tidak dalam.

4. Gaulkan benih lobak dengan tanah dan tabur di atas tanah polibag beras tadi, sebab mengapa benih lobak digaul bersama dengan tanah adalah untuk menjarakkan benih lobak di antara satu sama lain. Taburkan sedikit tanah di atas benih tersebut, jangan terlalu tebal. Ini bertujuan agar benih lobak tidak diganggu oleh semut dan siput.

5. Spray atau siram dengan air secukupnya dan letakkan ditempat terkena pancaran matahari tetapi tidak melebihi 3 jam. Lobak merah memerlukan haba atau sinaran matahari sederhana untuk bercambah namun terik matahari yang melampau akan mematikan cambahan benih lobak.

Benih lobak akan bercambah selepas 1 minggu hingga 3 minggu mengikut suhu di tempat anda. Namun lobak yang di tanam dalam polibag beras ini hanya mengambil masa 4 hari sahaja untuk bercambah dan ia diletakkan di tempat teduh.

Terdapat beberapa tips cara menanam sendiri lobak merah di rumah yang harus diambil kira semasa menanam benih lobak hingga penjagaan dan penuaian;

1. Jangan letakkan fertilizer atau baja subur terlalu banyak ke dalam polibag beras kerana ia akan hanya merimbunkan pokoknya tetapi tidak akan berisi, Isinya ketot dan bercabang.

2. Jangan letakkan polibag beras yang disemai benih lobak pada sinaran matahari terik yang melampau kerana ia akan mengeringkan tanah pada polibag beras dan benih tidak akan bercambah.

3. Spray polibag beras itu dengan air agar lembab dan tidak kering.

4. Sekiranya meletakkan di tempat terkena matahari pastikan polibag beras tidak terkena hujan lebat kerana hujan lebat akan mengeluarkan benih lobak dari polibag dan juga mampu memusnahkan percambahan benih.

5. Cabut anak pokok lobak sekiranya terlalu rapat dan benih pokok lobak yang dicabut bolehlah di tanam di tempat lain.

6. Lobak merah yang telah matang dapat dituai selepas 8 minggu disemai. Daun lobak juga enak dimasak.

Setakat ini dahulu artikel cara menanam sendiri lobak merah di rumah. Selamat berkebun untuk semua, BERTANI SATU IBADAH!


Source and citation:http://tanomkinotuan.blogspot.com/2014/10/cara-menanam-lobak-dalam-polibag.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service