jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Panduan dan cara mudah menanam kacang panjang

Pada entri kali ini saya akan mengupas panduan dan cara mudah menanam kacang panjang. Sayuran kacang panjang ini boleh dimakan segar sebagai ulam, dimasak tumis, sayur campur, bahan ramuan nasi goreng dan sebagainya.

Panduan dan cara mudah menanam kacang panjang

Kacang panjang mempunyai komposisi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, zat besi, kalium, natrium, karotina beta, vitamin B1, B2 dan C. Panduan dan cara mudah menanam kacang panjang adalah seperti berikut.

PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 cm ke 22 cm (6 in ke 9 in) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 12 m (4 kaki ) lebar, 25 cm (10 in) tinggi dan panjangnya mengilut keadaan kawasan. Jarak antara batas
ialah 60 cm ( 2 kaki ). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100meter persegi.

Dalam Pasu dan Bekas
Gunakan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

MENANAM

Di Ladang
Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 cm (2 kaki) antara barisan dan 45 cm (18 in) antara pokok. Setelah benih bercambah dan membesar tinggalkan 1 pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi)

Dalam Pasu dan Bekas
Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 cm ( 1 in). Selepas 2 minggu ditanam tinggalkan satu pokok sahaja dalam satu pasu.

MENYEDIA JUNJUNG

Di Ladang
Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan.

Dalam Pasu dan Bekas
Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan.

PENJAGAAN

Menyiran Air
Siram tanaman di ladang atau pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja
Di Ladang
Gunakan baja kimia NPK 12:12:12:17:2 sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam.

Dalam Pasu dan Bekas
Tabur 1 sudu the ( 5 kg ) baja NPK 12:12:17:2 sepasu setiap minggu.

Merumput
Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.

KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA

Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.

Panduan dan cara mudah menanam kacang panjang segar

PENUAIAN

Di Ladang
Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara RM 4 – RM 6 /kg.

Dalam Pasu dan Bekas
Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.

Setakat ini dahulu artikel panduan dan cara mudah menanam kacang panjang. Selamat berkebun untuk semua, BERTANI SATU IBADAH!


Source and citation:http://www.organikpro.com/files/Kacang_Panjang-Panduan_Menanam.pdf


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service