jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Panduan dan cara mudah menanam bendi di rumah

Pada entri kali ini saya akan mengupas pula panduan dan cara mudah menanam bendi di rumah. Sayuran bendi mempunyai khasiat yang banyak iaitu tenaga, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, natrium, beta karotena, vitamin B1, B2, niasin, dan Vitamin C.
Panduan dan cara mudah menanam bendi di rumah
Bendi sesuai ditanam di atas tanah atau dalam bekas atau pasu yang besar. Bendi perlukan banyak cahaya matahari. Ia tidak memerlukan banyak air sebagaimana sayuran yang lain. Panduan dan cara mudah menanam bendi di rumah adalah seperti berikut.

1. PENYEDIAAN TANAH
Bendi boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik. Bajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

2. MENANAM
Tanam biji benih sedalam 2.5 cm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90cm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk satu batas berukuran 1.2m lebar dan 30 m panjang.

3. MEMBAJA
Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar tanah, 1 tan baja diperlukan.

4. MENYIRAM
Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting diperingkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah.

5. MERUMPUT
Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

6. SUNGKUPAN
Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering ataupun kepingan plastik bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.

7. MEMANGKAS
Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu di pangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru di biarkan menbesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.

8. KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT
Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga
seperti Diazinon.

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat padaa daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hItam dan berjelaga. Penyakit ini boleh di kawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

Panduan dan cara mudah menanam sayur bendi di rumah

9. PENUAIAN
Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mut buah.

Penuaian mula dilakukan ketika:
a. 50 hingga 55 hari selepas menanam
b. 5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan
c. Buah berukuran 10 hingga 12 cm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil di anggarkan 10 tan hingga 15 tan sehektar.

10. PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan ditempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah di alas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh di simpan selama 2 hingga 3 hari tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu di percikkan supaya pengudaraan menjadi lembap. Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hari hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24C hingga 26C dan kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.

Setakat ini dahulu artikel panduan dan cara mudah menanam bendi di rumah. Selamat berkebun untuk semua, BERTANI SATU IBADAH!


Source and citation:http://www.organikpro.com/files/Bendi_-_Panduan_Menanam.pdf


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service