jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Panduan dan cara mudah menanam timun batang

Projek kali ini saya akan mengupas pula panduan dan cara mudah menanam timun batang. Sayuran timun batang ini banyak kegunaannya diantaranya ialah dihidangkan bersama nasi lemak, dimasukkan dalam menu burger, dijadikan acar, dimasukkan kedalam nasi kerabu dan sebagainya.
Panduan dan cara mudah menanam timun batang

Dari segi khasiat ubatan, timun dimakan sebagai ubat melawaskan buang air kecil, menyejukkan badan, merawat batu karang dalam hempedu dan sakit kerongkong, membaiki tekanan dan perjalanan darah. Ia boleh mengubati masalah kulit seperti terbakar atau melecur dan untuk melicinkan kulit dan awet muda. Panduan dan cara mudah menanam timun batang adalah seperti berikut.

1. PENYEDIAAN TANAH
Tanah yang sesuai untuk tanaman timun ialah tanah yang gembur, mengandungi cukup bahan-bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan berkeupayaan memegang air. Pokok timun memerlukan hawa panas tetapi tidak terlalu terik, kerana kalau terik ia memerlukan lebih baja dan air. Jika penanaman dimulakan di pertengahan musim kemarau, pokok menjadi kerdil, kerana kekurangan air di dalam tanah untuk pokok menghisap. Sebaik-baiknya penanaman dimulakan di akhir musim hujan di mana udara lebih sejuk disamping suhunya menggalakkan benih timun bercambah dengan cepat.

2. MENANAM
Benih hendaklah disemai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm. Benih disemai 2 biji dalam satu lubang. Selepas dua minggu, hendaklah membuang anak pokok yang lebih kecil kerana mengurangkan saingan dan mengelakkan mengeluarkan hasil yang rendah.

3. MEMBAJA
Baja kompos yang kaya dengan organik digalakkan. Baja gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menanam.

4. MENYIRAM
Pokok memerlukan banyak air terutamanya ketika berbunga. Jangan menyiram pokok sehingga air bertakung kerana dibinbangi diserang penyakit kulat akar. Lembapan tanah dapat dikekalkan dengan cara dengan menutup tanah dengan lalang atau jerami padi.

5. MERUMPUT
Merumput secara manual. Jangan gunakan racun rumpai. Pokok timun akan terbantut jika terkena racun rumpai.

6. MENCANTAS
Buang pucuk yang tumbuh di bahagian bawah pokok. Ini akan mengalakkan pokok menjadi terlalu rimbun dan menambah lembapan dalam udara. Udara yang lembap menjadi punca pokok dijangkiti kulat.

7. MENCACAK KAYU
Pokok mentimun adalah pokok memanjat. Kayu atau ranting digunakan dan dipancangkan untuk pokok timun memanjat dan mendapatkan cahaya matahari.

8. MEMETIK BUAH
Buah timun dapat dituai/dipetik selepas 5 minggu menyemai.

Haiwan perosak utama pokok timun ialah serangga pemakan daun, Aulacophora (Chrysomelid). Serangga ini aktif di waktu pagi. Lalat buah juga musuh utama apabila pokok mula berbuah.

Panduan dan cara mudah menanam timun batang di rumah
Setakat ini dahulu artikel panduan dan cara mudah menanam timun batang. Selamat berkebun untuk semua, BERTANI SATU IBADAH!


Source and citation:http://tanahbercangkul.blogspot.com/2013/04/diari-tani-panduan-tanam-timun-di-tepi.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service