jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Cara menanam terung sendiri di rumah

Projek kali ini saya akan mengupas pula cara menanam terung sendiri di rumah. Daripada menjadikan tanah terbiar di belakang rumah tu, baik kita mengeksploitasi tanah tersebut melalui berkebun. Penanaman kali ini adalah secara dalam pasu dan bekas kecil, semua ada diterangkan dibawah ini. Jom kita terjah.

Cara menanam terung sendiri di rumah

Terung merupakan salah satu jenis sayuran bewarna ungu yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa dan ia mengandungi kalsium, mineral, serat, bioflavonoid serta vitamin K. Cara menanam terung sendiri di rumah secara dalam pasu atau bekas adalah seperti berikut.

1. Penyediaan tanah
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

2. Menyedia anak benih
Tanam terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm ( 1 in). Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

3. Menyiram
Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

4. Membaja
Tabur 1 sudu teh atu 5 g baja NPK 12:12:17:2 sepasu di keliling pokok setiap minggu.

5. Sungkupan
Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.

6. Menyedia Sokongan
Cara sokongan yang di amalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m ( 4 kaki ) panjang.

7. Kawalan serangga dan penyakit
Sembur racun serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal ulat lipas daun, kumbang daun dan pengorek buah. Gunakan racun kulat maneb ( seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl (seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air) untuk mengawal bintik daun.

Cara dan panduan menanam terung sendiri di rumah

8. Memungut hasil
Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam. Anggaran hasil adalah 1 kg/pokok.

Setakat ini dahulu artikel cara menanam terung sendiri di rumah. Selamat berkebun untuk semua, BERTANI SATU IBADAH!


Source and citation:http://www.organikpro.com/files/Terung-Panduan_Menanam.pdf

Anda mungkin menyukai:
Cara menanam sendiri lobak merah di rumah

Panduan dan cara mudah menanam bendi di rumah
Panduan dan cara mudah menanam timun batang
Cara menanam sayur sawi hijau di rumah
Cara menanam terung sendiri di rumah

back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service