jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Ketahui tanda awal kanser payudara

Pengesanan di peringkat awal perlu dilakukan agar rawatan yang sewajarnya dan berkesan dapat diberikan. Ia boleh dilakukan melalui kesedaran wanita itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas.

Ketahui tanda awal kanser payudara

Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang.

Pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan. Diantara tanda awal kanser payudara adalah.

1. Perubahan rasa di payudara atau puting
2. Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
3. Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
4. Perubahan dilihat pada payudara atau puting
5. Perubahan saiz dan bentuk payudara
6. Puting payudara terperosok ke dalam
7. Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak

Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.

i. Umur: Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara semakin tinggi bila wanita semakin berumur.Penyakit ini jarang dialami oleh wanita sebelum menopaus.

ii. Sejarah individu kanser payudara: Seorang wanita yang mengalami kanser payudara di sebelah payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser payudara di sebelah satu lagi.

iii. Sejarah keluarga: Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.

iv. Beberapa perubahan di payudara: Beberapa peratus wanita mempunyai sel di payudara yang tidak normal.

v. Perubahan genetik: Perubahan pada gen-gen tertentu (BRCA1, BRCA2 dan yang lain).Wanita yang berada di kalangan keluarga yang mengalami kanser payudara boleh menjalani pemeriksaan genetik untuk mengetahui perubahan pada gen-gen tertentu.

Semoga entri ketahui tanda awal kanser payudara sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran berkaitan barah payudara kepada kita semua. Sekian.


Source and citation:http://cintaimaginasi.blogspot.com/2012/06/tanda-tanda-awal-kanser-payudara.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service