jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Ini lah dia api yang tidak pernah padam

Rasulullah dalam sabdanya ada menyebut bahawa hasad dengki itu menghapuskan amalan bagaikan api yang memakan kayu kering. Cemas sungguh sebab kita ni memanglah tak lepas dari berperasaan hasad. Walaupun kadang-kadang tidaklah sampai dizahirkan,tapi perasaan dengki yang bersarang dihati itu pun dinilai oleh Tuhan. Gambar dibawah ini hanyalah untuk tontonan sahaja.

Ini lah dia api yang tidak pernah padam

Tak boleh tengok orang senang,orang lebih dari kita. Dengki tu pun mulalah bermain dihati,akal dan seterusnya tercetuslah tindakan yang sungguh tak senonoh.

Orang dengki ni sebenarnya macam bergaduh dengan bayang-bayang sendiri. Sepatutnya bila melihat orang lain mendapat rezeki, kita tumpang syukur dan gembira. Bukannya kita berfikir untuk kondem orang tu. Mudah-mudahan dengan kita turut ikut gembira,nanti Tuhan pun akan memberi kita rezeki yang sama. Tapi kalau dok dengki, kita yang rugi.

Ini lah dia api yang tidak pernah padam. Aku ni pun bukanlah bersih dari sifat dengki. Samada sedar atau tak, perasaan tu memang nafsu cucuk je dalam hati. Tapi cepat-cepatlah tepis lintasan tu sebelum nafsu berjaya dorong untuk sampai melakukan tindakan mendengki itu. Biarlah orang yang dengki kat aku,tapi janganla aku yang mendengki kat orang.

Orang dengki ni memang takkan dok diam bila melihat kesenangan orang. Dia akan cuba sedaya upaya nak jatuhkan orang yang didengkinya. Contoh.. sama-sama buat projek. Orang lain berjaya, yang dia pulak gagal. Dia akan berusaha memastikan orang yang berjaya itupun akan gagal sepertinya. Dia akan cucuk, kempen merata supaya orang-orang sekeliling pun akan ikut dengan keinginan buruknya itu. Nak lagi jelas aku bagi contoh macamnilah..

Cik Kiah dan Cik Peah sama-sama bukak restoran. Tapi Cik Kiah punya restoran lebih maju. Cik Peah ni mulalah panas punggung. Dia pun lancarkan kempen yang didasari dengan rasa dengki yang membuak-buak. Kempen nak jatuhkan Cik Kiahla ni. Dia tuduhlah kata Cik Kiah ni main sihirla sampai semua orang pakat pi makan kat restoran dia bla bla bla..

Apa salahnya Cik Peah berlapang dada dengan rezki yang Cik Kiah dapat. Dia pun usahalah masak power-power supaya orang pun datang jugak restoran dia. Bukannya sibuk berbusuk hati. Itu satu contoh dengkila. Macam-macam jenis lagi sebenarnya.

Ini lah dia api yang tidak pernah padam. Perjalanan hati kita ni terlalu seni. Disitulah tempat malaikat dan nafsu bertarung merebut tempat. Mudah-mudahan kebenaranlah yang akan menang. Kebenaran itu suci murni dari hasad dengki. Kebenaran akan membuatkan hati sentiasa mendoakan orang lain.


Source and citation:http://khaulahattamimizone.blogspot.com/2012/04/bagaikan-api-membakar-kayu-kering.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service