jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat ikan siakap 3 rasa

Hari ini saya memasak Ikan Masak 3 Rasa lagi tapi kali ini versi goreng pulak. Sebelum tu, saya nak menulis sedikit coretan peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kawan kawan yang mahu mengambilnya sebagai peringatan. Bukan benda baru tapi kita mudah lupa dan kena selalu diingatkan lagi dan lagi. Bak kata Ustazah Suraya di dalam kuliah Jumaat, tak usahlah memohon dan merayu meminta pertolongan manusia, tak kiralah sesiapa sahaja. Sebaliknya minta terus dengan Allah. Begitu juga dalam bab rezeki, saya masih ingat pesanan Ustaz Ibrahim Muhammad, "jangan risaulah pasal rezeki kerana tidak ada sesiapa pun boleh mengambil hak kita”.

Resepi dan cara membuat ikan siakap 3 rasa

Sekarang jom kita mulakan resepi dan cara membuat ikan siakap 3 rasa ni. Bahan-bahan adalah :

1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Resepi dan cara membuat ikan siakap 3 rasa adalah :

1. Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

2. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.

4. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.

5. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.

6. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Setakat ini dahulu resepi dan cara membuat ikan siakap 3 rasa dan semoga kita berjumpa lagi dilain masa. Selamat mencuba!


Source and citation:http://aziejaya.blogspot.com/2013/10/ikan-siakap-goreng-3-rasa-yang-sedap.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service