jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

UPM cipta cara bina rumah dengan kos murah

SERDANG 10 April - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta rumah kos rendah yang berharga sekitar antara RM14,000 hingga RM16,000 hasil inovasi terbaru dalam teknologi pembinaan.

UPM cipta cara bina rumah dengan kos murah
Gambar hiasan sahaja

Rumah tersebut yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 65 meter persegi (kira-kira 20 X 30 kaki), bergantung kepada rumah yang dibina, juga mampu menebat haba dari luar dan menjadikan suasana dalaman lebih sejuk.

Penemuan baru oleh Pusat Penyelidikan Perumahan (HRC) universiti ini dijangka memberi lebih banyak peluang kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan untuk memiliki rumah sendiri pada masa akan datang.

Menurut kajian, rumah kos rendah yang berharga sekitar RM25,000 hanya mampu dibeli oleh mereka yang berpendapatan RM750 ke atas.

Menurut Pengarah HRC, Prof. Dr. Abang Abdulah Abang Ali, tiga jenis rumah yang boleh dibina dengan harga rendah itu ialah rumah teres setingkat dengan keluasan 65 meter persegi, rumah teres dua tingkat (68 meter persegi) dan rumah pangsa lima tingkat (65 meter persegi).

UPM cipta cara bina rumah dengan kos murah. ''Harga rumah tidak termasuk harga tanah. Bagaimanapun ia memenuhi keperluan-keperluan standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembangunan (CIDB),'' katanya kepada Utusan di sini hari ini.

Pengurangan kos, menurut Dr. Abang Abdullah, dapat dilakukan kerana teknik pembinaan rumah ini lebih mudah tanpa perlu membina kerangka struktur.

Katanya, masa pembinaan juga dapat dijimatkan sehingga 30 peratus daripada masa pembinaan berbanding kaedah konvensional.

''Kos juga dapat dikurangkan kerana pembinaan rumah menggunakan teknik baru ini tidak memerlukan buruh mahir kerana ia menggunakan kaedah pasang siap,'' katanya.

Beliau memberitahu, bahan binaan rumah pula merupakan blok konkrit ciptaan UPM sendiri yang dikenali sebagai blok berongga kait panca tahan beban.

Ciptaan blok konkrit ini kini sedang dalam proses dipatenkan.

Empat pensyarah lain yang turut menyumbang kepada kejayaan penemuan terbaru ini ialah Pengurus HRC, Salihudin Hassim, Timbalan Pengarah HRC, Prof. Madya Dr. Mohd. Razali Abd. Kadir, Baharudin Ab. Karim dan Rahinah Ibrahim.

UPM cipta cara bina rumah dengan kos murah. Penyelidikan dilakukan sejak penubuhan HRC pada 1996 dengan pembiayaan RM1.58 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

HRC ditubuhkan dengan objektif utama mencari kaedah yang sesuai digunakan untuk membangunkan rumah yang selesa, berkualiti dan mampu dimiliki.

Dr. Abang Abdullah menambah, dua kaedah boleh digunakan untuk membina rumah ini iaitu kaedah panel atau menggunakan blok-blok konkrit pasang siap.

Di tengah-tengah panel pasang siap ini dipasang penebat supaya haba di luar tidak masuk ke dalam rumah dan ini menjadikan rumah lebih sejuk.

Menurut beliau, penebat itu diperlukan kerana hasil kajian mendapati pada waktu-waktu tertentu di siang hari suhu di dalam rumah kadang kala jauh lebih panas daripada luar rumah.

Katanya, kaedah blok konkrit berongga kait panca tahan beban pula tidak memerlukan simen untuk menyambungkannya antara satu sama lain.

''Ia memakai konsep permainan pasang siap 'Lego', malah, lebih unik lagi, pembinaan rumah ini juga tidak memerlukan pembinaan kerangka struktur,'' jelasnya.

Satu lagi keunikan yang menjadi ciri utama rumah ini kata Dr. Abang Abdullah ialah tingkap-tingkapnya yang yang dibina memanjang, sepanjang 2.7 meter setiap satu.

Pembinaan tingkap yang panjang ini adalah bagi membolehkan aliran udara di dalam rumah berlaku dengan sempurna.

Sementara itu rumah kos rendah juga menjadi rumah pertama di negara ini yang menggunakan konsep pembangunan mengunakan kaedah ukuran dimensi bermodular.

Ini bermakna ukuran bahan binaan rumah ini telah diselaraskan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh CIDB.

Rumah contoh menggunakan kaedah baru ini akan dibina dalam kawasan UPM.

UPM cipta cara bina rumah dengan kos murah


Source and citation:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=
0411&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service