jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Teknik dan cara memancing udang galah

Udang galah memiliki ciri fizikal yang pelik dengan bentuk penyepitnya yang panjang dan beruas. Termasuk dalam keluarga Palaemonidae, udang galah mendapat nama disebabkan kaki berjalan keduanya memanjang melebihi ukuran badannya. Bentuk fizikal inilah yang membuatkan udang galah dikenali, bahkan mudah dibezakan daripada spesies udang air tawar yang lain.

Teknik dan cara memancing udang galah

Jom kita sambung perbincangan kita berkaitan teknik dan cara memancing udang galah ini.

1. Seeloknya jangan memancing berseorangan kerana amat berbahaya. Berbincang secara santai dan aman paling kurang sehari sebelum memancing tentang peralatan, tempat, masa, umpan dan sebagainya. Amalkan semua ini untuk menjamin dalam soal hasil pancing dan keselamatan.

2. Joran pancing dengan hujung yang lembut, ringan, kira mudah lentur dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil. Reel spining kecil ikut ukuran untuk kolam boleh juga menggunakan penggulung kayu. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun. Mata kail pula menggunakan kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless) dengan nombor 9 hingga 12. Timah pemberat kecil dengan stopper, jangan berat sangat tau.. yang penting umpan tak dibawa lari arus pulak. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri. Secara kesimpulannya bergantung kepada kawasan pancingan dan arus sungai. Saya pernah memancing udang galah menggunakan pelampung kerana keadaan kawasan pancingan telalu banyak bahan buangan dan sampah di dasar sungai serta berbatu. Kalau pakai batu ladung atau pemberat pasti akan tersangkut.

3. Udang Galah sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail. Antara umpan terbaik untuk memancing udang galah adalah cacing tanah, anak udang atau udang nasi atau udang beras dan hari ayam dadu. Ini adalah umpan memancing udang galah yang selalu saya gunakan. Senarai umpan ini juga mejadi pilihan pemancing udang galah sekarang.

4. Memancing udang galah sebaiknya jangan masa air pasang dan cuaca dengan curah hujan cukup tinggi. Waktu terbaik mancing udang galah ialah pada saat kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat favourite bagi udang biasanya diantara kayu atau balak yang terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada dasar sungai. Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan lokasi terbaik Undang galah, antaranya kenali struktur dasar sungai tempat dimana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk liku-liku dan beralun-alun. Kedua lihat pada keadaan arus sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras. Jika arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.

5. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang. Jika selepas 15-30 minit masih tiada isyarat udang memakan umpan, kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu mencari lain atau baru.

Setakat ini dahulu artikel teknik dan cara memancing udang galah dan semoga kita berjumpa lagi. Wassalam.


Source and citation:http://www.myrodreel.com/2014/04/cara-teknik-memancing-udang-galah.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service