jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Teknik dan cara memancing ikan jenahak

Ikan Jenahak merupakan ikan yang sentiasa menjadi sasaran pemancing. Ikan ini di negara barat lebih dikenali sebagai John Snapper atau Golden Snapper. Di negara kita ikan ini diberi gelaran bantal emas jika saiznya melebihi 3kg. Ini kerana ikan Jenahak bersaiz matang akan mempunyai sisik berwarna keemasan. Ikan ini sangat popular dikalangan penduduk Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Ikan ini mempunyai rasa yang lazat dan manis terutamanya ketika masih segar. Pemancing pasti berbangga jika berjaya memperolehi ikan jenahak bersaiz bantal emas.

Teknik dan cara memancing ikan jenahak

Umpan memancing ikan jenahak

Sepanjang pengalaman saya memancing ikan ini, saya mendapati ikan jenahak merupakan ikan paling cerewat yang pernah saya pancing. Maka pemancing perlulah peka dan mahir dalam memilih umpan untuk memancing ikan ini. Di sini saya ingin kongsikan umpan yang berkesan untuk ikan ini.

Isi Ikan.
- Isi ikan amat efektif dalam menjerat ikan ini. Tetapi isi ikan tersebut hendaklah benar-benar segar. Penggunaan isi ikan dari pasar kurang efektif dalam menjerat ikan ini tetapi masih boleh dijadikan option untuk memancing ikan ini.

Sotong
-Umpan sotong merupakan merupakan umpan killer untuk jenahak terutamanya sotong hidup yang di candat di atas bot. Sotong perlulah dicandat terlebih dahulu untuk dijadikan umpan. Jarang sekali ikan jenahak menolak menu umpan sotong hidup. Bagi yang ingin menggunakan sotong mati, kepala sotong merupakan kegemaran ikan ini.

Sotong kurita
-Selain sotong biasa, sotong kurita juga merupakan kegemaran ikan jenahak. Jika mengunakan umpan ini, memadailah menggunakan salah satu jejari atau tantical sotong kurita tersebut pada matakail. Ini mampu menjimatkan umpan dan apabila jejarinya sudah habis, barulah mencangkuk kesemua badan sotong kurita tersebut pada matakail.

Udang lipan
- Ini juga merupakan salah satu umpan killer untuk ikan jenahak. Tetapi harus diingat, hanya udang lipan hidup sahaja yang mampu menarik minat ikan jenahak untuk memakan umpan.

Teknik dan cara memancing ikan jenahak

Untuk memancing jenahak, saya sering menggunakan rod berkekuatan aksi sederhana seperti PE3-5. Bagi yang mensasarkan bantal emas, saiz rod yang lebih besar akan digunakan. Tali main lain berkekuatan 50lb-80lb sudah memadai dengan dipadankan dengan perambut mono atau flocarbon berkekuatan 60lb-100lb. Matakail yang sering digunakan oleh saya lingkungan saiz 4/0-6/0.

Tanduk atau ranggung amat penting dalam memancing ikan ini. Perambut yang digunakan mestilah minimum sepanjang 2 depa. Kemungkinan penggunaan batu ladung yang berat perlu bergantung pada kelajuan arus. Ini kerana ikan jenahak amat aktif ketika arus laju.

Ikan ini tidak kasar ketika meragut umpan, tetapi pemancing hendaklah peka dengan sebarang getuan ketika memancing. Ikan ini bergerak secara kumpulan dan jika tiba masanya, pasti pemancing akan menerima ragutan dari ikan ini bertubi-tubi. Hanya ikan jenahak bersaiz monster sahaja gemar bergerak secara solo.

Setakat ini dahulu artikel teknik dan cara memancing ikan jenahak dan semoga kita berjumpa lagi. Wassalam.


Source and citation:http://maxxpeacock.blogspot.com/2014/08/kenali-cara-cara-memancing-ikan-jenahak.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service