jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Cara membina jalan raya mengikut spesifikasi yang betul

Secara umumnya sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada lebuhraya, jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan, jalan raya negeri atau wilayah, jalan perbandaran dan jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet.

Cara membina jalan raya mengikut spesifikasi yang betul

Secara asasnya, pembinaan jalan raya adalah proses pembukaan ruangan-trafik yang mengatasi pelbagai rintangan geografi. Proses ini melibatkan pengalihan muka bumi, pembinaan jambatan dan terowong, malah pengalihan tumbuh-tumbuhan(Ini mungkin melibatkan pengnyahhutanan).

Kekuatan tanah harus diuji untuk melihat sama ada ia mampu untuk menampung beban yang dikenakan oleh kenderaan. Ia perlu dikepilkan bersama-sama dengan hasil laporan kajian tanah yang dinamakan Soil Investigation(biasanya akan dibuat sebelum masuk tapak) akan dihantar ke Jurutera Geoteknikal (Jurutera teknikal tanah), untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai tanah(nanti saya bincangkan kalau ada masa tentang jenis-jenis rawatan) supaya tanah tu jadi kuat dan mampu menampung beban.

Cara membina jalan raya mengikut spesifikasi yang betul

Kaedah pembinaan jalan MacAdam mempunyai kecerunan ke tepi jalan untuk mengalirkan air hujan. Jadi macam mana nak buat jalan cerun ke tepi. Seandainya tanah telah lulus ujian kekuatan CBR, permukaan tanah boleh dibentuk dengan menggunakan sejenis mesin yang digelar mesin grader.

Dia akan potong tanah mengikut kecerunan macam di bawah ni. Bilah tu memang sengaja disengetkan untuk menolak tanah ke tepi dan bilah boleh diangkat mengikut kecerunan. Biasanya 2.5% untuk jalan2 biasa tanpa korner. Lepas tanah dah digradekan mengikut kecerunan, jalan tu akan dilapisi dengan subbase (asas dasar). Permukaan ini kadang2 diperlukan dan kadang2 subbase tidak diperlukan bergantung kepada rekaan ketebalan jalan. Subbase ini biasanya terdiri dari lapisan campuran batuan, pasir dan debu yang dipanggil crusher run.

Crusher run mempunyai campuran batuan dari yang terbesar 40mm sehinggalah ke saiz debu. Kalau nampak dalam bekas tu sebelah kanan dalam bekas tu ada batu saiz 40mm yang tepi2 pulak batu bersaiz kecil dan di tengah2 pasir dan debu. Ada jugak yang menggunakan quarry dust. Quarry dust bersaiz lebih kecil juga mempunyai debu. Ramai jurutera yang berbeza pendapat tentang lapisan subbase menggunakan quarry dust ini, ada yang mengatakan x boleh digunakan, ada yang boleh. Tapi saya berpihak kepada boleh asalkan ujian yang dijalankan lulus. Ada juga yang menggunakan pasir sebagai subbase. Juga x salah menggunakan pasir, asalkan semua ujiannya lulus.

Selepas crusher run, quarry dust atau pasir dibuang ke tapak dengan menggunakan lori, backpusher (macam dalam gambar kat bawah ni) akan menolak batuan tu. Sekali lagi mesin grader digunakan kali ni bukan untuk mencerunkan jalan, tapi untuk meratakan batuan.

Premix
Kaedah membuat asas jalan (roadbase) hampir sama dengan kaedah subbase, cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase. Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu tingkatan 5 fizik. P=F/A (Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah.

This layer plays a prominent role in the support and dispersion of the traffic loads.

Lapisan ini memainkan peranan yang penting sebagai penanggung dan pengurai beban trafik.

Roadbase mestilah terdiri dari campuran batuan dan pasir dan debu jugak sikit2, macam crusherun dalam gambar dlm artikel sebelumnya. Batuan fungsinya sebagai penanggung beban, pasir sebagai pengisi ruang dan kelodak/habuk sebagai pengikat. Kalau terlalu banyak batuan, mungkin beban boleh ditanggung tapi tiada ikatan diantara batuan jadi segitiga macam gambarajah di atas susah dibentuk. Kalau pasir sahaja, pun ikatan segitiga macam diatas susah dibentuk dan beban x boleh ditanggung, begitu juga kalau kelodak/habuk sahaja, mungkin juga segitiga di atas boleh dibentuk tapi x bnyk beban yang boleh ditanggung dan mungkin roadbase akan mendap sekiranya dikenakan beban yang tinggi.

Nak tau kenapa ? Pertama permukaan atasnya terdiri dari batuan saja, jadi tiada ikatan antara batuan tersebut. Boleh tertanggal bila2 masa sahaja, dan bawahnya pulak hanya ada batuan halus, kelodak atau habuk. Macamana saya tau bawah tu ada batuan halus? Kerana saya ada mata Superman….hehe. x lah, kerana habuk, debu dan kelodak x telap air(kalau x percaya tengok tanah liat, air x telapkan? Kerana tanah liat diperbuat dari gumpalan debu), jadi perasan x di bawah lapisan batuan di atas, air bertakung di bawahnya, kerana air cuma telap di atas, bila kita alihkan batuan di atas, tadaaaaa…pecah tembelang..air bertakung. Ini dalam bahasa omputih dipanggil segregation atau pemendapan di mana debu jatuh ke bawah, batu kasar di atas.

Batuan batuan kasar diikat dengan pasir dan debu. Oleh itu, batuan tak akan tertanggal kalau kenderaan lalu di atasnya. Jadi, kalau nak jaga permukaan roadbase supaya batuan x tercabut waktu kenderaan lalu…buatlah macam ni.

Kita pindah ke proses seterusnya. Proses seterusnya dipanggil priming coat. Satu proses spray minyak ke atas permukaan batuan roadbase di atas supaya permukaan tersebut kalis air, sebelum apa2 lapisan berbitumen dihamparkan diatasnya. Tapi, hati2 kalau nampak orang tengah spray ni, jangan pergi dekat. Partikel halusnya kalau masuk ke dalam hidung boleh menyesakkan pernafasan. Balik rumah migraine 2-3 hari. Tak percaya cubalah.

Habis spray, bermulalah proses premix atau menurap jalan. Biasanya, proses penurapan jalan akan menggunakan mesin penurap (paver machine).

Pernah tgkkan mesin ni? Macamana dia berfungsi? Mula-mula lori akan tuang premix (panggilan kepada campuran batu aggregate dan minyak bitumen) ke dalam paver hopper.

Pastu, mesin paver tu akan bergerak ke depan sambil premix akan lalu kat dalam perut mesin tu dan akan keluar kat belakang. Arasnya (level) akan dikawal secara automatik di mana acuan perata di belakang paver tersebut akan naik setinggi ketebalan mana yang kita.

Bila dah kuar kat belakang dia tu, dia dah cantik ditarik oleh mesin tu di bahagian belakangnya. Levelnya pon dah ditarik cantik je.

Tau tak berapa suhunya waktu tu. Lebih kurang 150 darjah celcius. Panas sangat, Jadi kalau Nampak baru turun dari lori tu, tengah berasap kamu janganlah gatal-gatal nak pegang. Boleh melecur tangan. Letak air pon boleh mendidih. Tunggu 4 jam baru ok suhu dia.

Setakat ini dahulu entri cara membina jalan raya mengikut spesifikasi yang betul dan semoga ianya bermanfaat buat anda. Sekian.


Source and citation: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jalan_raya
http://v12gether.blogspot.com/2013/01/bagaimana-nak-bina-jalan-raya_4242.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service