jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat popia goreng

Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi dan cara membuat popia gorengsehingga siap untuk dimakan. Sebelum bermula nah saya bagi anda tengok gambar terlebih dahulu supaya perasaan untuk memasak sentiasa membuak-buak didalam dada hehe.

Resepi dan cara membuat popia goreng

Jom kita layan resepi dan cara membuat popia goreng yang saya gunakan hari ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut. Ni untuk resepi 20 biji popia tau, cukuplah untuk makan 1 famili kan.

Bahan-bahan (20 biji popia)

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 200 mg isi ayam atau daging
  • 2 biji telur
  • Taugeh
  • Sayur campur
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar paste tom yam
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Kulit popia

Cara-cara

  1. Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam/daging dan telur. Gaul hingga sekata.
  3. Masukkan kiub pati ayam, paste tom yam dan lada sulah. Masukkan sedikit garam.
  4. Masukkan sayur campur dan taugeh. Kacau hingga sekata.
  5. Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit air di hujung kulit popia sebagai gam. Buat sehingga habis kulit popia.
  6. Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.

Bagi membuat popia mini pula :

Resepi dan cara membuat popia mini

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang kering
  • bawah merah (ikut suka) ditumbuk
  • serbuk cili kering (ikut suka)
  • air asam jawa (ikut suka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula & serbuk perasa (secukup rasa)
  • *resipi ni perlu guna gula lebih sedikit
  • Kulit popia

Cara-cara:

1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.
2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
3. Masukkan air asam jawa, garam, gula & serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.
4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
5. Cara membungkus popia: Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang,isi udang ditengah dan gulung.Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali (macam simpul tali kasut).
6. Goreng guna minyak yang banyak. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng api kena perlahan. Kalau tak popia akan liat di bahagian dalam. Kalau jenis yang 1 lagi tu, api sederhana tapi kena jaga-jaga sebab mudah hangus.

*Tips : Tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.


Semoga dengan artikel resepi dan cara membuat popia goreng ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 sekalian. Sekian.


Source and citation: http://kertaspaper.com/cara-membuat-popia


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service