jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat tat nanas gulung

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Tart Nenas Gulung memang antara biskut atau kuih favourite saya sejak dulu. Bila sudah berkahwin, anak-anak ikut kongsi kegemaran serupa. Hai, nampak gaya kalau setakat beli sebalang biskut Tart Nenas ni memang tak cukuplah. Mahu atau tidak Cik Mama depa kenalah belajaq buat sendiri kuih ni. Tambahan pula rega biskut tart nenas ni semakin mahal jika di bandar.

Resepi dan cara membuat tat nanas gulung

Jom kita layan resepi dan cara membuat tat nanas gulung yang saya gunakan hari ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

Bahan Untuk Kulit Tart:( Dapat 180 Biji tart)

  • 1 kg tepung gandum
  • 625g mentega (2 1/2 buku mentega)
  • 4 kuning telur
  • 1 putih telur
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 15g gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan Untuk Jem Nenas

  • 2 biji nenas
  • 3/4 cawan gula pasir
  • sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakan Jem Nanas :

  1. Buat Jem nenas dahulu, blender nenas dengan secawan air, curahkan dalam kuali bersama gula dan sedikit pewarna kuning, kacau selalu dan biarkan betul-betul pekat dan jus nenas nye agak kering. sejukkan terlebih dahulu.

Sapuan: 1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sk air-kacau sebati


Resepi dan cara membuat tat nanas gulung :

  1. Campurkan kuning telur, putih telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk kecil. Pukul sedikit.
  2. Dalam mangkuk besar, gaulkan mentega, gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.
  3. Kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dalam acuan tat gulung kemudian picit dan letakkan jem. Kemudian gulung.
  4. Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 20 minit atau sehingga masak (suhu dan masak bergantung pada jenis oven).
  5. Jika adunan keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi marjerin/mentega sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.

Kalau dah boleh buat kuih tart sendiri, bagus juga kalau anda berminat menjualnya sebagai bisnes sampingan terutama bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan duit lebih menjelang perayaan ini.

Semoga dengan artikel resepi dan cara membuat tat nanas gulung ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 sekalian. Sekian.


Source and citation: http://cikmatahariku.blogspot.com/2014/06/resepi-rahsia-buat-tart-nenas-gulung.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service