jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat roti canai

Sebenarnya tak susah pun buat roti canai ni… part uli tu jela kena banyak bersabar sikit… nasihat den.. sebelum uli tu buat stretching tangan dulu… bagi longgar-longgarkan segala otot-otot anda tu… kalau takkkk… tahanlah lenguh tangan tu sampai ke pagi… hehe… (den dah kena sebab tu den bagitau awal-awal)…

Resepi dan cara membuat roti canai

Uli ni.. lagi lama kita uli lagi lembut roti tuuu nanti inshAllah.. dengan izin Allah juga kan… jadi sambil-sambil uli tu berzikirlah banyak-banyak… istighfar… Ya Latiff.. Ya Wahhab… Selawat…

Jom kita layan resepi dan cara membuat roti canai yang saya gunakan hari ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • Marjerin

Cara membuat roti canai pula adalah seperti berikut:

  1. Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air. Kacau hingga semua bahan larut.
  2. Masukkan tepung dan uli hingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal. Sambil uli sambil zikir.. bole?
  3. Bentukkan bulat-bulat anggaran sebesar genggaman. Sapukan marjerin dan perapkan semalaman. Kerana masa semua orang tengah tidur, tepung dan marjerin sedang bermesra dan bersuka ria. Jadi esok mereka akan lebih sebati.
  4. Tebarkan seperti anda memang seorang yang pro yang dah bekerja di restoran mamak selama 7 tahun. Boleh juga tebarkan macam tebar kain cotton jepun yang orang jual kat pejabat yang dalam hati rasa nak beli tapi tak beli.. Atau leper-leperkan dalam dulang yang lebar, tarikkan hujung ke hujung adunan tepung ke tepi dulang.. <— haaa den buat cara ni..
  5. Lipat atau tarik memanjang dan pintalkan. (macam susah nak bagi penerangan part ni.. senang citer sebelum nak buat pegi kedai mamak berdiri je tepi macha tu.. tengok dia buat cam mana.. elmu tu!….)
  6. Goreng dengan api perlahan dalam kuali leper. Balik-balikkan dan sapu sedikit marjerin semasa proses menggoreng.
  7. Tepuk atau hempuk roti yang telah dimasak untuk lebih sedap dan tekstur roti yang lebih lembut.

Tadaaaa nilah hasilnya… practice make perfect.. perlu perbaiki lagi.. inshaAllah..

KALAU DAH PANDAI BUAT ROTI CANAI… NAK BUAT YANG FROZEN TAK LAH SUSAH… TAPI NAK KENA TAHU CARANYA BARU LAH MENJADI..

CARANYA IALAH BAKAR/GORENG ROTI CANAI TERSEBUT SEPARUH MASAK @ GORENG JANGANLAH SAMPAI NAMPAK KEKUNINGANNYA @ GORENG UNTUK MATIKAN TEPUNG NYA SAHAJA… SEJUKKAN SETELAH DIGORENG… KEMUDIAN BUNGKUS DALAM PLASTIK MASUKKAN KETEMPAT FROZEN… SIAP…

Semoga dengan artikel resepi dan cara membuat roti canai ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://anaksihat.com/resepi-roti-canai


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

© iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service