jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Tips dan cara efektif mendidik anak

Memiliki anak yang baik, cerdas, bijak dan sihat adalah impian setiap ibu bapa di dunia ini. Maka dari itu untuk memilki anak dengan kriteria di atas adalah sepenuhnya tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak sejak kecil lagi. Lantas bagaimanakah cara mendidik anak mengikut cara yang betul? Secara teori hal itu tampak mudah namun dalam praktiknya tidak semua orang boleh melakukanya.

Tips dan cara efektif mendidik anak

Banyak kaedah yang boleh dilakukan dalam mendidik anak-anak supaya anak kita menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Seberapa besar kejayaan dalam mendidik anak bergantung kepada betapa efektifnya para ibu bapa dalam memberikan sumbangan pendidikan kepada anak-anaknya. Berikut ini adalah tips dan cara efektif mendidik anak yang boleh anda praktikkan untuk anak anda.

1. Bersikap lembut dan tunjukkan kasih sayang pada anak

  • Sebagai ibu bapa, kita perlu selalu bersikap lemah lembut kepada anak kita. Sebab hanya dengan tutur kata yang lembut, seseorang anak akan mendengar nasihat dari orang tuanya. Selain dituntut untuk bersikap lembut kepada anak, ibu bapa juga selayaknya memberikan kasih sayang yang tulus dan utuh kepada anak. Salah satu contohnya adalah dengan mengatakan kepada anak bahwa Anda sangat menyayanginya. Pelukan atau ciuman juga menjadi pemangkin tersendiri bagi jiwa sang anak yang harus anda lakukan.

2. Jadilah pendengar yang baik dan berikan sokongan

  • Mungkin anak anda pernah merasakan diri diejek oleh rakan sebayanya. Sebagai ibu bapa yang baik, cubalah untuk melakukan pendekatan agar si anak mahu bercerita. Di saat itu anda dituntut untuk menjadi pendengar yang baik dan mampu mendengar semua keluh dan kesah si kecil. Ini adalah kunci kejayaan dalam membangunkan rasa yakin diri sang anak.

    Berikanlah kata-kata yang positif dan bekalkan dia dengan kemahiran untuk menghindari ejekan kawannya serta kemampuan untuk bergaul dengan baik.

3. Bermain bersama

  • Luangkan masa kita untuk bermain bersama dengan anak-anak supaya dia dapat mempelajari sesuatu daripada anda berkaitan dengan sukan-sukan baru. Disamping dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan, ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Hindari menggunakan perkataan "Jangan"

  • Ini salah satu kesilapan yang kerap dilakukan oleh ibubapa. Di saat anak tengah bereksperimen yang mungkin sedikit membahayakan, ibu bapa umumnya berkata "jangan" kepada anaknya. Jika kata-kata ini terlalu sering diucapkan kepada anaknya dapat mengakibatkan daya kreativitinya tidak berkembang dengan baik. Untuk menggantikan perkataan "jangan", adalah sebaiknya menggunakan kata-kata lain yang bermaksud lebih positif. Contohnya jika ada anak yang berlari, lalu ibunya berkata "Jangan lari!". Sesungguhnya yang dimaksudkan oleh ibunya adalah "berjalan" saja akan tetapi si anak tidak memahami maksud ini. Jadi perkataan yang sebaiknya digunakan adalah "Berjalan saja" atau "jalan perlahan-lahan " dan sebagainya.

5. Jadikan diri sebagai idola ataupun "superhero"

  • Pada umumnya setiap anak memiliki idola yang tersendiri didunia imaginasinya. Namun di dunia realiti, dia juga ingin menggapai perkara tersebut. Anda sebagai ibubapa seboleh mungkin mencuba untuk menjadi apa yang diinginkan (superhero) si anak dan selalu boleh dibuatkan. Salah satunya adalah dengan melakukan apa-apa perkara yang boleh menggembirakan putera dan puteri anda.

6. Berikan rasa keselesaan pada anak

  • Timbulkan rasa selesa si anak disaat ia sedang bersama dengan anda. Ajaklah untuk berbicara perkara-perkara yang remeh pada ketika kebersamaan anda. Jadikan ia seperti seorang kawan yang juga perlu untuk anda dengarkan setiap perkataan dengan baik dan penuh rasa simpati.

7. Ajarkan sikap saling hormat menghormati

  • Ajarkan dia untuk selalu menghormati walau siapa pun orangnya, baik orang yang lebih tua mahupun rakan sebayanya. Hal ini penting untuk diajar semenjak usia muda supaya di kemudian hari ketika ia dewasa ia dapat menghormati semua orang disekelilingnya.

8. Ajarkan rasa tanggungjawab

  • Ajarkan dan ingatkan anak anda untuk selalu memiliki rasa tanggungjawab terhadap dirinya. Contohnya jika telah tiba waktunya untuk ke sekolah, ia harus pergi sekolah. Jika dia bertanya mengapa harus demikian. Berikanlah alasan yang mudah difahami olehnya.

9. Ajarkan untuk meminta maaf

  • Meminta maaf atas sebuah kesalahan adalah tindakan yang mulia dan terpuji. Ajarkanlah anak anda untuk mahu meminta maaf bagi kesalahan yang mungkin ia lakukan terhadap teman sebayanya agar ia menyedari bahawa perbuatan yang dilakukannya adalah tindakan yang kurang baik.

10. Jangan menakut-nakutkan anak-anak

  • Ibubapa biasanya cenderung mengambil "jalan pintas" yang mudah. Selain berbohong, ibubapa juga biasanya kerap menakut-nakutkan anak agar anaknya menuruti kehendaknya dengan segera. Ini adalah perilaku ibubapa yang keliru kerana ia akan mengakibatkan trauma, menyendiri dan tidak kreatif bila dia dewasa nanti.

11. Jangan berbohong

  • Sama halnya dengan menakut-nakutkan, anak yang kerap dibohongi ketika masih kecil akan menjadi terbiasa dengan penipuan yang ditanamkan oleh kedua orang tuanya. Bila sudah besar nanti, ia tentu akan menganggap berbohong adalah hal yang wajar untuk dilakukan kerana semua orang termasuk ibubapanya juga melakukannya.

12. Jangan menengking dan mengugut

  • Banyak orang kata anak itu tidak bezanya seperti kertas putih yang kosong. Baik atau buruk anak juga bergantung dari apa yang diajarkan ibubapa kepadanya. Cubalah untuk menghindari perkataan yang keras, mengancam atau bahkan menengking si anak. Apabila perilaku anak mungkin agak nakal, cubalah untuk menahan emosi anda dan berbicara dengan lembut serta bijaksana.

13. Ajarkan sikap keterbukaan

  • Disaat anda memiliki waktu terluang bersama dengan si kecil. Ajaklah berbincang dan cubalah untuk mengambil tahu apa yang dibuat sehariannya. Apa yang dia lakukan, apa yang membuat ia gembira, apa yang membuatnya sedih atau bahkan yang membuatnya bersemangat. Dengan terbukanya si anak, anda juga boleh mencari mencari ruang untuk mengetahui sifat si anak sekaligus menjadi inspirasi bagi ibubapa. Ibubapa yang baik dan bijak adalah ibubapa yang dapat mengambil pengalaman dan pelajaran dari siapa pun termasuk dari anaknya sendiri.

Semoga dengan entri tips dan cara efektif mendidik anak ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam mendidik anak anda. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://www.berjibaku.com/2014/11/cara-mendidik-anak-yang-baik-benar-dan.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service