jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat durian crepe

Hari ni aku nak kongsi satu resepi yang hot hot skarang ni kat fb je asyik durian crepe je aku nengok orang duk promote anyway kat sini aku kongsi resepi durian crepe kat korang k. Sebenarnya durian crepe ni dah lama dia org ada jual kat shopping-shopping mall kat KL aku penah gak beli kat ikano dulu memang sedap sangat & tak sangka kini aku dapat buat sendiri.

Resepi dan cara membuat durian crepe

Sekarang musim durian dan kuih Durian Crepe sedang popular. Cara sebutan betul crepe ialah “krape” (macam grape) ataupun “krap” (macam trap). Crepe asalnya perkataan Perancis yang bermaksud pancake atau lempeng dalam Bahasa Melayu. Durian crepe adalah durian + lempeng, iaitu lempeng gandum yang dilipat berbentuk bantal dan berintikan durian.

Jom kita layan resepi dan cara membuat durian crepe (untuk 30 biji) yang saya gunakan hari ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

A) Bahan-bahan untuk lempeng/kulit

  • 250gm tepung gandum
  • 500ml santan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla (optional)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Pewarna (ikut suka, saya sarankan warna Kuning Telur/Egg Yellow)

B) Bahan-bahan untuk inti/filling

  • 1 cawan Whipping Cream (pukul sehingga kental)
  • Isi durian yang telah dilenyek

Cara membuat durian crepe pula adalah seperti berikut:

  1. Campur semua bahan A kemudian blender. Kemudian tapis adunan supaya tidak berketul-ketul.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang satu senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe/lempeng yang nipis. Masak sebelah saja, bila bahagian atas kering, angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream di tengah-tengah. Letak isi durian atas whipping cream dan tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat crepe untuk membentuk bantal.
  5. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Semoga dengan artikel resepi dan cara membuat durian crepe ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 dan abang2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://www.malaysiatercinta.com/2012/12/cara-mudah-buat-durian-crepe.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service