jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi Dan Cara Membuat Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum. Minggu ni minggu biskut raya. Semuanya biskut yang mudah2 je tapi sedap. Maklumlah kalau buat setiap satu jenis biskut nak kena bahagi 3 rumah, tu yang kena buat yang pasti dimakan dan mudah. Sekali buat 3 adunan sekali...memang jenuh tunggu depan oven ni.

Resepi Dan Cara Membuat Biskut Cornflakes Rangup

Tapi tak kisahlah, minggu ni mood happy sebab tak sabar nak balik kampung, lagipun tugas jahit baju raya dah selesai...tu yg nak mengookies pun rajin tu. Biskut ni memang setiap tahun saya buat. Ramai kawan-kawan dah mencubanya, memang sedap dan rangup. Pada yang belum pernah buat tu, bolehlah mencubanya.

Jom kita layan resepi dan cara membuat biskut cornflakes rangup yang saya gunakan hari ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cawan tepung naik sendiri-ayak dulu
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil

Cara membuat Biskut Cornflakes Rangup pula adalah seperti berikut:

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi. Setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg diramas, gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk dan simpan dlm bekas kedap udara.

Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat Biskut Cornflakes Rangup ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 dan abang2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://yatiememories.blogspot.com/2013/08/biskut-cornflakes-rangup.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service