jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat nasi ayam penyet sedap

Apa ya maksud di sebalik nama Penyet itu..? Kita ni tahu makan aje.. tak pernah nak ambil tahu kenapa sesuatu makanan itu di namakan sedemikian. Ramai yang menyatakan penyet tu sama maknanya penyek dalam sebutan kita. Jadi makna Ayam Penyet tu ayam yang di penyek-penyekkan lah ya... ? ops.. masih kurang tepat rupanya..

Resepi dan cara membuat nasi ayam penyet sedap

Penyet itu adalah istilah yang berasal dari bahasa Jawa yang bererti lumat. Bermaksud bahan yang di masak di lumatkan.. dalam istilah bahasa Indonesia.. bumbunya di tumbuk lumat. Di hidangkan pula dengan sambalnya yang juga di tumbuk lumat. Bila di makan pula tempe, tahu, ulam-ulaman atau ayam di lumat-lumatkan pula di dalam sambal sebelum ianya di makan bersama nasi.

Jom kita layan resepi dan cara membuat nasi ayam penyet sedap yang saya gunakan. Sebelum anda mulakan ita nak bagi tahu bahawa, ayam untuk hidangan ini perlu di perap semalaman bersama rempah ratus sebelum di goreng. Ia supaya ramuan dan rempah ratus tu menyerap dalam daging ayam. Tapi bagi anda yang nak cepat, perap 2 atau 3 jam pun ok!. Bahan-bahan untuk perapan ayam adalah :

  • 1 ekor ayam ~ ita guna ayam kampung yang bersaiz agak kecil
    Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8
    cuci ayam bersih-bersih
    Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Ita tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
    Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
    * Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.
  • Bahan Perapan
    1/2 sudu besar jintan manis
    1/2 sudu besar jintan putih
    3 sudu besar ketumbar
    * Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
  • 1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • sedikit air untuk mengisar
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • 1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
  • 1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Cara-cara untuk memerap ayam

  1. Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
  2. Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
  3. Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
  4. Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!
  5. Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.
  6. Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!
  7. Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
  8. Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  9. Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
  10. Jika tak suka ayam yang di celup tepung anda boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi
    * sebelum goreng ayam, ita ingatkan anda supaya goreng tahu dan tempe dahulu. Baki minyak tu nanti boleh goreng ayam.

Resepi dan cara membuat nasi ayam penyet sedap.Dah pun siap ayam kita, sekarang kita masak nasi pula. Jom lihat bahan untuk nasi pula

  • 3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • sedikit butter
  • secubit garam
  • 6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
  • 1 helai daun pandan di simpul
  1. Cairkan butter
  2. Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan daun pandan hingga harum
  3. Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit
  4. Kemudian baru masukkan air rebusan ayam
  5. Perasakan dengan garam
  6. Anda boleh juga masukkan kub ayam, ita tak masukkan sebab masa rebus ayam ita dah masukkan kiub ayam.
  7. Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna

Ok nasi kita pun dah siap. Sementara tunggu nasi kita masak kita sediakan sup pula. Bahan Untuk Sup Ayam

  • Baki air rebusan ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai ~ di titik
  • 1 inci halia ~ dihiris
  • daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng ~ untuk hiasan
  1. Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
  2. Panaskan semula atas dapur
  3. Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
  4. Masak hingga didih
  5. Perasakan dengan garam
  6. Taburkan daun sup dan daun bawang
  7. Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.

Ayam dah siap, nasi dah siap, tempe dan tahu pun dah goreng, sup pun dah masak sekarang kita sediakan sambal power ni pulak ya. Bahan Untuk Sambal Penyet. Untuk resepi ni anda boleh gunakan semua cili padi atau campurkan antara cili padi dan cili merah. Kalau cili padi semua nanti berasap telinga..

  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang merah ~ belah 4
  • 3 biji bawang putih ~ hiris
  • 5 biji tomato ~ belah 4 ( ita kurangkan )
  • 5 cm belacan bakar
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Limau nipis atau limau kasturi
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
  2. Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
  3. Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
  4. Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
  5. Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
  6. Angkat dan hidangkan
  7. Bila nak makan nanti perahkan jus limau..

Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat nasi ayam penyet sedap ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 dan abang2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://www.azlitamasammanis.com/2014/11/nasi-ayam-penyet-paling-sedap.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service