jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Teknik pemakanan dan diet sihat sepanjang Ramadan dan puasa

Pada bulan Ramadan, ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan diet bagi menurunkan berat badan. Saya sendiri akui bulan puasa adalah kesempatan terbaik untuk melakukan diet bagi menurunkan berat badan. Sungguhpun begitu, aktiviti diet sihat kita boleh gagal jika kita tidak dapat mengawal nafsu makan. Menjalankan diet di bulan yang penuh keberkatan ini, selain memperoleh pahala yang banyak, ternyata juga boleh membuatkan tubuh kita semakin sihat dan menawan.

Teknik pemakanan dan diet sihat sepanjang Ramadan dan puasa

Pemilihan makanan yang kurang sesuai boleh menyebabkan ramai menghadapi masalah sepanjang Ramadan. Antara masalah yang kerap dialami ialah:

* Keletihan
* Pening
* Sakit kepala
* Sembelit
* Penghadaman terganggu
* Paras gula rendah
* Kejang otot
* Ulser peptik
* Pedih ulu hati
* Gastrik
* Mudah jatuh sakit
* Berat badan menurun atau bertambah

Kebanyakan masalah disenaraikan di atas boleh diatasi melalui pengambilan makanan seimbang. Tanyalah mana-mana pakar pemakanan, semuanya akan menyarankan supaya kita makan secara bersederhana yang menjadi kunci utama kepada kesejahteraan khususnya pada perut orang yang berpuasa.

Mari kita lihat teknik pemakanan dan diet sihat sepanjang Ramadan dan puasa yang patut kita amalkan selalu.

  • Mesti bangun bersahur, walaupun hanya untuk makan sedikit sekeping roti dan secawan coklat panas. Lebih baik jika ada kurma dan sedikit buah-buahan. Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika sahur, bukannya berbuka.
  • Pilihlah sajian yang mengandungi karbohidrat kompleks dan kaya dengan serat seperti bijirin dan kekacang. Contohnya roti gandum penuh, beras perang, kacang dal, buah-buahan dan sayur-sayuran terutama ketika sahur. Ini kerana kandungan serat akan membuatkan kita berasa cepat kenyang, membantu mengawal paras gula dalam darah.
  • Apabila berpuasa, kandungan asid dalam perut akan meningkat dan boleh membuatkan ketidakselesaan atau sakit perut. Makanan kaya serat boleh membantu meneutralkan asid dan mengurangkan ketidakselesaan perut ketika berpuasa. Harus diingat, kita juga perlu minum banyak air bagi mengurangkan penghasilan angin atau gas berlebihan dalam badan.
  • Ketika berbuka, mulakan dengan satu atau dua biji kurma. Inilah cara terbaik untuk berbuka seperti amalan Nabi Muhammad SAW yang memulakan dengan hidangan ringan (kurma dan air).
  • Kita juga boleh minum jus buah untuk membantu meningkatkan paras gula yang menjadi rendah sepanjang hari kita berpuasa. Kurma dan jus buah memberi tenaga segera selain mengelakkan masalah kekurangan air.
  • Pilih makanan yang dipanggang, kukus atau rebus. Jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit saja minyak ketika memasak. Seandainya anda membeli juadah di bazar Ramadan, elakkan memilih makanan yang banyak minyak atau dimasak menggunakan santan.
  • Terlalu banyak makan terutama makanan bergoreng, banyak lemak, pedas dan berempah boleh menyebabkan masalah penghadaman. Untuk mengatasinya, makanlah secara bersederhana dengan melebihkan pengambilan sumber serat dan minum banyak air masak.
  • Sembelit akan menyebabkan perut berasa tidak selesa dan kembung. Ia biasanya disebabkan terlalu banyak makan makanan proses, tidak cukup air dan sumber serat.
  • Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga betul-betul lumat sebelum ditelan. Apabila kita mengunyah terlalu cepat, kita akan terdorong untuk makan banyak. Selain itu kita juga secara tidak langsung akan menelan banyak udara yang boleh menyebabkan masalah perut kembung keesokan harinya.
  • Ingat, badan kita mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menghantar isyarat 'kenyang' kepada otak. Justeru, jangan gelojoh kerana bersopan santun ketika makan mencerminkan keperibadian yang mulia.
  • Minuman terbaik ialah air masak. Boleh berbuka dengan air manis tetapi jangan minum terlalu banyak kerana kemanisan itu menyebabkan kita cepat letih ketika berpuasa. Namun elakkan berbuka dengan air berkarbonat kerana ia boleh membuatkan anda mengalami masalah perut kembung dan berangin.
  • Minum air masak secukupnya (antara satu hingga satu setengah liter air) dalam tempoh selepas berbuka sehinggalah sebelum masuk tidur. Ini penting supaya badan boleh melaraskan paras cecair dalam badan keesokan harinya.
  • Tahukah anda, keletihan dan sakit kepala yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadan sebenarnya disebabkan kekurangan air dalam badan.
  • Kopi dan teh juga boleh diambil tetapi ia mempunyai kesan diuretik iaitu yang menyebabkan kita banyak buang air kecil. Justeru, air yang keluar dari badan ini perlu diganti bagi mengelakkan masalah kekurangan air dan masalah yang berkaitan dengannya.

Wow banyak betul teknik pemakanan dan diet sihat sepanjang Ramadan dan puasa yang ada disini. Kalau tak amalkan memang rugi. Perkara yang perlu dielakkan adalah.

* Makanan bergoreng dan mengandungi banyak lemak. Makanan berlemak mengandungi banyak kalori tetapi kurang khasiat yang boleh menyebabkan kita cepat penat ketika berpuasa. Malah makanan bergoreng juga boleh meningkatkan selera dan menyebabkan kita makan lebih banyak.

* Makanan mengandungi banyak garam seperti jeruk, papadom, sos, kerepek, telur dan ikan masin. Sepanjang Ramadan kita berisiko mengalami masalah kekurangan air dan ia akan menjadi lebih teruk jika mengambil makanan yang banyak garam.

* Makanan terlalu manis. Perkara ini sangat penting kepada pesakit kencing manis. Ini termasuklah buah-buahan terutama buah tempatan yang masak ranum seperti rambutan, manggis, tembikai, nangka atau cempedak; gantikan dengan epal, oren, anggur dan plum.

* Terlalu banyak kopi atau teh. Oleh kerana kafein menyebabkan kesan diuretik, maka memadailah jika anda minum satu atau dua cawan saja, lebih baik jika kurang manis.

* Tidur ketika perut masih kenyang (sama ada pada waktu malam atau selepas sahur) kerana badan memerlukan masa untuk penghadaman.

* Luangkan sedikit masa untuk bersenam - sekurang-kurangnya berjalan selama 20 hingga 30 minit sehari (bukan selepas makan atau ketika anda masih berasa kenyang).

Jadikan ia sebagai amalan harian. Senaman yang mudah seperti berjalan ada banyak manfaatnya kerana ia bukan membantu meningkatkan kadar metabolisma dan memudahkan kawalan penyakit malah mampu membuatkan anda tampak lebih langsing!

Semoga dengan coretan teknik pemakanan dan diet sihat sepanjang Ramadan dan puasa ini dapat menjadi panduan buat anda yang inginkan badan yang sihat supaya dapat beribadat kepada Allah SWT dengan sempurna.


Source and citation:
http://anizyn.blogspot.com/2011/08/panduan-pemakanan-sihat-sepanjang.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service