jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Cara menabung untuk menjadi jutawan

Assalamualaikum. Mungkin sebelum ini anda sudah biasa menabung sejak dari kecil lagi. Dah banyak mana simpanan anda sekarang. Kenapa simpanan penting? Kalau ada simpanan, pendapatan tak ada pun tak mengapa. Tak perlu nak risau untuk cari duit atau cari projek. Dan paling penting sekali, bila ada simpanan tak perlu nak susahkan orang dengan meminjam atau buat kisah sedih.

Cara menabung untuk menjadi jutawan

Persoalannya ialah, macamana nak buat simpanan kalau duit atau pendapatan yang ada tak cukup atau gaji kecil. Sebenarnya simpanan pun perlukan kemahiran. Setiap kali kalau anda dapat duit dan anda belanja dulu lepas tu baru nak simpan, itulah kesilapan terbesar dalam teknik menyimpan.

Teruskan bacaan untuk cara menabung untuk menjadi jutawan. Dapat duit kena simpan dulu atau lebih elok cakap buang duit ke dalam tabung yang tak boleh nak diusik. Simpan di mana? Nak simpan dalam bank pun boleh atau simpan di tempat yang susah nak cairkan seperti beli emas atau beli tanah.

Kalau sebulan anda boleh simpan RM100, tak payah banyaklah. Hanya RM100. Selama 3 tahun, anda dah ada RM3,600. Hari ini majoriti tak ada simpanan RM10,000 keatas. Kerja dah berpuluh tahun. Nak beli emas 10 gram pun kena tunggu. Simpanan bukan untuk kita gunakan untuk belanja tetapi untuk reservekan nilai kekayaan kita.

Orang cakap buat apa nak simpan kalau tak nak gunakan. Jadi kalau rasa simpanan tak penting sebab tak digunakan bererti anda akan susah nak menyimpan. Kena tukar persepsi tentang simpanan.

Petua untuk mempunyai simpanan yang banyak dan pantas ialah :

1. Anda perlu mencari platform buat duit yang pantas (bukan skim cepat kaya yang duduk diam dapat duit)

2. Margin keuntungan setiap produk mestilah atas RM150. Bukan margin yang sedikit memerlukan anda untuk buat jualan volume tinggi.

3. Platform itu adalah sesuatu yang anda minat nak usahakan selama 3 tahun ke 5 tahun.

Dah dapat point dia? Teruskan membaca lagi cara menabung untuk menjadi jutawan. Bayangkan jika 3 perkara diatas memenuhi kriteria dan anda boleh hasilkan setelah 3 tahun ke 5 tahun berusaha sehingga dapat mengumpul simpanan RM1 juta, anda dah boleh bersara dengan pendapatan setiap bulan RM20,000. Suka atau tidak kalau sekarang ini anda kerja makan gaji atau kerja dengan orang, anda perlu ada satu bisnes sendiri untuk kumpul simpanan anda.

Ramai orang yang saya kenal suatu ketika dahulu mereka bekerja dan sekarang ini mereka dah ada bisnes part time mereka macam buat multilevel atau buat bisnes online. Tak salah buat multilevel jika anda minat dan rajin. Sebab industri multilevel lahirkan ramai jutawan.

Malangnya dalam multilevel tak ramai yang beringat. Dapat berjuta tetapi simpanan tak ditekankan sebab nak kena beli macam-macam untuk tunjukkan pada orang lain yang mereka dah berjaya.

Kalau anda buat multilevel, anda nak berjaya, kena buat simpanan 20% daripada pendapatan anda.Kalau dapat sebulan RM20,000 kena simpan RM4,000. 10 bulan dah ada RM40,000. Tetapi walaupun ada pendapatan RM20,000 sebulan, memang payah nak simpan 10 bulan RM40,000 kecuali anda hidup ala kadar, pakai kereta biasa dan beringat.

Platform yang saya gunakan selama ini untuk target cukup modal beli tanah dan buat projek atas tanah tersebut sebagai pusat komersial ialah platform pelaburan emas. Sebabnya setiap perbelanjaan saya gunakan daripada pulangan pasif emas.

Contohnya setiap bulan saya perlu bayar komitmen RM5,000, saya perlu ada pelaburan yang beri pulangan setiap bulan RM5,000. Contohnya kalau saya ada simpanan 500 gram emas, setiap bulan boleh dapat RM7,000. Dah cukup untuk bayar komitmen bulanan disamping simpanan dan gaji tak usik .

Bayangkanlah kalau dalam masa 5 tahun buat projek dapat kumpul RM10juta, boleh beli tanah dan atas tanah tu buat masjid, buat apartment, buat pusat komercial dan buat restoran. Setiap benda bermula dari impian. Tak salah untuk berimpian dan bila dah ada impian perlu ada pelan untuk melaksanakannya.

Dah dapat point dia? Teruskan membaca lagi cara menabung untuk menjadi jutawan. Kita hanya merancang dan yang menjayakannya semua ditentukan oleh Allah SWT. Berangan juga adalah doa. Jika nak berimpian pun dah takut apa lagi nak buat bisnes. Ramai yang takut untuk keluar modal, nak buat bisnes, nak berjaya sebab utama ialah tak ada impian. Kadang kala impian ada tetapi selalu kena tipu. Sebab utama kena tipu ialah memilih jalan mudah dan malas nak berusaha.

Ambik contoh impian nak dapat duit banyak tetapi tak nak kerja mendapatkannya. Masuk skim cepat kaya. Skim cepat kaya ialah pelan yang anda join dan tak buat apa-apa tetapi boleh jadi kaya. Bisnes adalah sesuatu yang anda join dan usaha keras sampai jadi kaya. Memang ada bisnes yang tak sampai setahun boleh jadi jutawan dan itu bukan skim cepat kaya.

Ambik contoh anda buat bisnes jual rumah dan komisen anda RM1 juta. Adakah itu skim cepat kaya? Setiap orang lain peluang rezeki yang diterima. Ada orang dah tertulis rezekinya dari berniaga makanan, dan ada yang tertulis rezekinya dari bidang kontraktor.

Di bawah ni pandangan jutawan Chef Li tentang simpanan:

  • Untuk jadi jutawan dalam masa 5 tahun, kita kena menyimpan RM500 sehari, atau RM30,000 sebulan! Huh, mampu ker kalau sekadar makan gaji?
  • Orang paling banyak dan kerap menyimpan adalah orang berniaga! Tak kira mereka berniaga apa. Walaupun mereka nampak lekeh, bisnes mereka nampak 3rd class, tapi tahap kewangan sebenar mereka adalah 1st class! Simpanan mereka kebanyakkannya ratusan ribu ringgit. Simpanan dan perniagaan sangat berkait rapat. Itulah pemerhatian beliau sepanjang jadi pegawai bank.
  • Kaum yang paling banyak menyimpan ialah (1) Cina, (2) India, (3) Pendatang – Indonesia, Bangladesh, Kemboja, (4) Melayu! Kenapa kaum lain lebih banyak menyimpan? Sebab kaum mereka lebih ramai berniaga.
  • Orang berniaga berpeluang menyimpan setiap hari, tapi orang makan gaji cuma sebulan sekali. Itulah sebabnya orang berniaga lebih kaya dari makan gaji. [Statistik menunjukkan 74% jutawan lahir dari kalangan orang berniaga]
  • Simpanan paling penting ialah simpanan untuk dilupakan (forgotten saving). Kalau sentiasa ingat-ingat dengan simpanan yang ada, ia tak akan menjadi. Banyak benda nanti yang terkait bila kita ingat dengan simpanan e.g. nak beli itu dan ini, nak masuk skim sana sini dsb.

Semoga dengan coretan cara menabung untuk menjadi jutawan ini dapat menjadi sumber inspirasi buat sahabat-sahabat maya sekalian.


Source and citation:
http://www.4fb.biz/teknik-menabung-rm1-juta


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service