jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat ayam percik

Cara penyediaan ayam yang sebenarnya ialah selepas diperap beberapa minit akan terus dibakar. Tapi kalau di majlis majlis kenduri yang menyediakan lauk ayam percik yang banyak, tentulah lama untuk membakar ayam secara terus dan ayam nanti akan berbau. Jadi kita boleh kukus seketika ayam yang diperap dengan bahan perap sebelum dibakar.

Resepi dan cara membuat ayam percik

Ayam Percik Kelantan terdapat 2 jenis, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Jika sukakan sedikit rasa pedas, sediakan lah ayam percik berwarna merah. Sebenarnya susah untuk memdapatkan ayam percik Kelantan di KL ni kecuali di Restoran Jaring dan Restoran MZ di Chow Kit.

Jom kita layan resepi dan cara membuat ayam percik yang saya gunakan hari ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam - potong 4

Bahan Perap:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukupnya

Bahan Kuah:

  • 2 pek santan pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
  • Garam secukupnya
  • Gula - kena ada rasa manis
  • 1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara membuat ayam percik adalah:

  1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.
  2. Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
  3. Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.
  4. Setelah anda yakin ayam sudah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.

Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat ayam percik ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 dan abang2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://aziejaya.blogspot.com/2013/04/ayam-percik-kelantan-buat-dr-nana.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service