jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat nasi beriani

Yaa ampuun sedap nyer Nasi Beriani Pakistan. Sungguh tak tahan, tak boleh tahan. Saya minta juga untuk makan walaupun hubby tak membenarkan saya makan. huhuhu tak kan lah nak tengok saja depa anak beranak makan depan mata. Sedap ... tak boleh makan sikit, tambah sikit lagi dan lagi. Hancuish lah diet malam ni.

Resepi dan cara membuat nasi beriani

Saya belajar resepi nasi beriani Pakistan ini dari sahabat saya Oznaini yang memang lama tinggal di Arab dan Pakistan. Walaupun banyak resepi nasi beriani Pakistan di internet tetapi saya mahukan resepi yang memang telah dicuba, diuji dan terbukti kesedapannya. Berdasarkan apa yang diterangkan, saya menyalin dan menaip resepi dan meminta beliau mengesahkannya semula. Kot kot lah ada apa apa yang tertinggal bagi resepi dan cara membuat nasi beriani nanti.

Jom kita layan resepi dan cara membuat nasi beriani yang saya gunakan hari ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

Bahan bahan:

  • 5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
  • 1 kg ayam, daging atau kambing (dgn tulang, lagi sedap)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kayu manis
  • 8 buah pelaga
  • 10 bunga cengkih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 bawang besar – potong dadu
  • 5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
  • 2 labu bawang putih – tumbuk
  • 3 inci halia – tumbuk
  • 1 ½ cawan yoghurt
  • 2 bay leave
  • Minyak olive
  • 4 biji telur – rebus, kupas & kelar
  • 4 biji kentang kecil – kupas & rebus
  • ½ cawan susu (optional)
  • Saffron & pewarna kuning

Hiasan:

  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar – hiris
  • 4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
  • Daun mint
  • Badam & kismis, jika suka

Penyediaan ayam untuk resepi dan cara membuat nasi beriani adalah:

  1. Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
  3. Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
  4. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Penyediaan Nasi untuk resepi dan cara membuat nasi beriani adalah:

  1. Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
  2. Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
  3. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani untuk resepi dan cara membuat nasi beriani adalah:

  1. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
  2. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
  3. Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.
  4. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
  5. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
  6. Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
  7. Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
  8. Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.

Bagi penyediaan salad. Sediakan Lettuce, Tomato, Bawang besar, Timun – buang biji, Green bell pepper, Garam & gula, Minyak olive, Perahan lemon dan Daun ketumbar. Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Bagi penyediaan sos yogurt. Sediakan Yoghurt, Bawang besar – potong bulat, Daun ketumbar - hiris halus dan Garam. Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

Tadaa dah siap pun resepi dan cara membuat nasi beriani. Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat nasi beriani ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 dan abang2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://aziejaya.blogspot.com/2012/03/yaa-ampuun-sedap-nyer-nasi-beriani.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service