jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat ayam bakar madu

Yaa bertemu lagi kita dalam program masak-masak wake the time hehe. Ok. Nama resepi pun dah buat rasa terliur. Ingat lagi bila pergi beli ayam panggang madu kat pasar malam yang sedap tu, mesti je habis awal. Takpun tinggal bahagian yang kecik-kecik je. Pakcik ni nak berniaga ke tak? Hahaha. Tapi makin lama makin kecik dah ayam yang dia jual dan last-last pindah beli ayam goreng yang lagi besar kat tempat lain.

Resepi dan cara membuat ayam bakar madu

Dah lama tak makan ayam madu. Kalau dulu masa duduk rumah tok, selalu tok buatkan untuk resepi dan cara membuat ayam bakar madu.Tapi sekarang mak pulak yang rajin buatkan ayam madu untuk anak-anak dia. Memang air tangan mak yang terbaik. Tak ada sapa boleh lawan. Cuba yang lain pun, masakan mak memang yang terbaik.

Ok dengan pantas jom kita layan resepi dan cara membuat ayam bakar madu. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

Bahan bahan untuk 1/2 ekor ayam:

  • 1/2 ekor ayam dibersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Garam
  • Gula melaka
  • lada hitam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 5 cm halia
  • 4 sudu besar madu
  • Beberapa titik minyak bijan
  • Mentega/marjerin untuk sapuan

* Bahan perapan bergantung kepada citarasa masing-masing sekiranya ingin menambah sedikit kuantiti lagi untuk mendapatkan rasa yang lebih kaw!

Bahan untuk perapan awal:

  • 5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam

Cara penyediaan untuk resepi dan cara membuat ayam bakar madu adalah:

  1. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus kemudian lumurkan pada ayam bersama garam untuk perapan perasa awal.
  2. Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam, kiub pati dan minyak bijan. Gaul sehingga rata terutama di bahagian kulit dan isi ayam.
  3. Perapkan ayam selama 1-2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  4. Panaskan ketuhar/oven pada suhu 200 darjah celcius dan bakar ayam selama 40 minit atau sehingga masak. Jangan biarkan ayam kering dan hilang jusnya.
  5. Apabila masak, keluarkan ayam dan lumurkan dgn lebihan bahan perapan dan bakar ke dalam oven selama beberapa minit.
  6. Keluarkan ayam sekali lagi, terbalikkan, lumurkan lagi lebihan bahan perapan pada bahagian yang bawah ayam tadi, dan bakar kembali untuk beberapa minit sehingga ayam bertukar warna keemasan dan berkilat.
  7. Siap

p/s: Jika menggunakan kuali ajaib/pemanggang ajaib, masa bakar ialah antara 15-20 minit sahaja bergantung kepada jenis bahagian ayam yang digunakan.

Tadaa dah siap pun resepi dan cara membuat ayam bakar madu. Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat ayam bakar madu ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 dan abang2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://www.wakethetime.com/2014/06/resepi-ayam-panggang-madu-roasted-sedap-mudah.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service