jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat tepung pelita

Kuih tepung pelita adalah antara kuih yang sangat dekat dengan diri saya kerana sejak kecil gemar memakan kuih tepung pelita samada yang dibeli di Pekan Jelawat atau yang dibeli di kedai kopi di kampung kami.

Resepi dan cara membuat tepung pelita

Untuk hari ini saya memberanikan diri menyediakan bekas tepung pelita dari daun pisang selain menggunakan bekas plastik. Hahaha tapi bekas saya dah gagal berfungsi dengan baik bila saya hanya menggunakan selapis sahaja daun pisang.

Ok jom kita layan resepi dan cara membuat tepung pelita pada hari ini. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

Lapisan Hijau:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • Secubit kapur makan
  • 2 cawan air daun pandan

Cara penyediaan bagi resepi dan cara membuat tepung pelita untuk lapisan HIJAU adalah:

  1. Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
  2. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
  3. Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.

Lapisan SANTAN:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan
  • Secubit garam

Cara penyediaan bagi resepi dan cara membuat tepung pelita untuk lapisan SANTAN adalah:

  1. Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.

Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

Tadaa dah siap pun resepi dan cara membuat tepung pelita. Senang je kan? Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat tepung pelita ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 dan abang2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://aziejaya.blogspot.com/2015/05/kuih-tepung-pelita-asli-sedap.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service