jawatan kosong samsung galaxy
apple iphone
galaxy note

Resepi dan cara membuat karipap ayam sedap

Kalau sebelum ini saya membuat Karipap Sardin, tapi hari ini saya menyediakan pula Karipap Ayam kerana saya tahu anak anak dan hubby lebih suka ayam berbanding dengan sardin. Kali ini saya menggunakan resepi pastri Kak Besah Myresepi pula. Saja jer nak pelbagaikan resepi sebab resepi ini hanya menggunakan minyak masak untuk pastri. Resepi ini menghasilkan kuantiti yang banyak, kalau buat sedikit, dibahagikan lah.

Resepi dan cara membuat karipap ayam sedap

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini yang saya juga membuat karipap ayam yang dipraktiskan berkali kali sehingga menepati selera saya. Bahan dan cara membuat intinya sama sahaja dengan resepi Kak Besah ni, cuma bezanya saya meletakkan bawang besar, cili merah dan daun bawang jer. Tak sah kalau tak ada ini. Yang selebihnya ikut citarasa masing masing lah.

Ok jom kita layan resepi dan cara membuat karipap ayam sedap pada hari ini. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

Inti Karipap Ayam:

  • 3 biji kentang - dipotong dadu
  • 1/2 kg daging ayam - dipotong kecil
  • 5 sudu besar rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 7 biji bawang merah - tumbuk
  • 5 biji bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk
  • 3 sudu makan gula atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup - hiris
  • Cili merah - hiris (tak letak sebab dah pedas)
  • 1 senduk minyak masak

Cara membuat karipap adalah:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging/ayam dan air. Tutup supaya daging cepat empuk.
  3. Lepas itu, masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk dan inti kering. Jika belum empuk, tambahkan sedikit air.
  4. Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Angkat dan biar inti sejuk.

Pastri karipap (buat hanya 1/2 adunan):

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 1/2 senduk minyak masak (340ml)
  • 500ml air paip (1 botol kecil mineral) + 1 sb garam

Cara membuat pastri karipap ayam adalah:

  1. Panaskan minyak hingga betul betul panas, lalu curahkan ke dalam tepung yang telah dibuat lubang di tengahnya. Kacau rata dengan garpu dulu.
  2. Bila tepung dah mulai suam suam, gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan air garam sedikit2 sambil digaul/diuli hingga menjadi doh. Air tak semestinya habis digunakan. Tak perlu uli dengan kuat mcm buat donut. Asal sudah sebati cukup. Doh tu biar lah agak keras sikit, sebab bila dah diperap dalam plastik, ia akan jadi lembut.
  3. Masukkan doh dalam plastik yg tak bocor dan ikat dengan getah. Biar dalam 15 minit supaya doh berpeluh dan menjadi lembut.
  4. Ambil secubit doh lalu digentel bulat sebesar penutup botol mineral. Buat dlm 15 biji dulu. Ikat balik plastik doh.
  5. Gelek guli guli doh hingga leper (jgn nipis sangat). Letakkan sesudu inti dan kelimkan. Ulang sampai habis.

Cara Menggoreng karipap ayam sedap:

Goreng dengan minyak yang banyak dan menggunakan api perlahan supaya pastri tak menggerutu.

Panaskan minyak supaya betul betul panas dan tutup api. Masukkan karipap dan hidupkan api yang perlahan. Sentiasa dibalik balikkan. Goreng sehingga keemasan. Ulang kaedah sama untuk menggoreng seterusnya.

Jika tak boleh siap mengelim karipap ni, jgn risau sebab pastri tahan 24 jam tanpa masuk fridge. (tapi inti kena la masuk fridge..).

Tadaa dah siap pun resepi dan cara membuat karipap ayam sedap. Senang je kan? Semoga dengan coretan resepi dan cara membuat karipap ayam sedap ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam masakan akak2 dan abang2 sekalian. Selamat mencuba!


Source and citation:
http://aziejaya.blogspot.com/2012/05/jom-layan-karipap-ayam.html


back Back

computers, computer help, computer repair, computer laptop, buy computer, laptop computers, notebook computers, computer repairs, desktop computers, computers for sale, computer desktops, computer support, gaming computers, computers on sale, computer repair shop, computer printers, computer retail, computers repair, computer tech support, fixing computer, laptops, buy pc, laptops notebooks, laptops, laptop computers, laptop notebook, buy laptop, laptop computer, compaq laptop, laptop price, laptop pc, cheap laptop computers, laptop for sale, hp pavilion laptop, hp laptops, business laptops, student laptops

iklanbiz.steprofit.com - All Rights Reserved - Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Service