Perkara yang menjelikkan penemuduga

offensive

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.

2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila
ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.

5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.

6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda.

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

 

Sumber:http://temuduga.blogspot.com/2006/10/perkara-yang-menjelikkan-penemuduga.html